Dua bintang Korea ini dipilih untuk menjadi wajah kempen Fossil Firsts. Song Ji Hyo akui teruja dengan kolaborasi itu kerana jam tangan pintar terbaru dari Fossil ini punya ciri-ciri hebat untuk mempermudah pekerjaannya.
Selepas Ji Chang Wook, Song Ji Hyo pula turut serta dalam kempen jenama terkenal itu. Kempen tersebut bukan hanya akan mengingatkan anda tentang jam pertama anda tetapi juga memori yang tergambar menerusi jam tersebut.
Song Ji Hyo sentiasa menyeimbangkan hubungan rapatnya dengan Fossil serta mewakili penggemar Fossil generasi akan datang.
“Saya teruja untuk bekerjasama dengan Fossil, satu jenama yang sesuai dengan stail saya yang sukakan gaya klasik dan stylish pada satu masa yang sama. Saya sering lihat ia seperti satu perkara yang sukar untuk saya berhubung dengan rakan dan keluarga kala saya sibuk dengan penggambaran. Tetapi dengan Fossil Q Venture, saya boleh menerima mesej, panggilan dan notifikasi media sosial menerusi jam tangan pintar saya supaya saya kekal berhubung dengan mereka walaupun tanpa telefon di tangan. Dalam masa yang sama, saya boleh memantau aktiviti harian saya dengan hanya satu sentuhan,” jelas Song Ji Hyo.
Song Ji Hyo turut berkongsi yang mana jam pertama miliknya dihadiahkan oleh ibunya ketika dia masih lagi dalam persekolahan.
“Saya masih ingat momen itu dengan jelas. Saya sentiasa memakainya ketika pergi ke sekolah. Saya punya memori yang terbaik jika dikaitkan dengan jam tangan. Ketika saya seorang pelajar, saya akan sentiasa memakainya ketika menghadiri kelas, juga ketika saya menikmati Ttubbokki bersama rakan dan terutama sekali ketika saya menghadapi peperiksaan, ia membantu saya untuk memantau masa peperiksaan yang saya duduki,” terang Song Ji Hyo mengimbas detik pertama dirinya memakai jam tangan.
Fossil memilih Ji Chang Wook untuk turut serta dalam kempen ini kerana hubungan eratnya dengan jenama fesyen ini serta dia juga mewakili penggemar barangan Fossil generasi akan datang.
Ditanya mengenai jam tangan pertamanya, Ji Chang Wook menjawab, “Saya tidak berapa ingat akan jam pertama saya. Namun, saya mendapat jam tangan First Fossil sebagai hadiah tidak lama dulu. Saya sangat terkejut apabila saya mengetahui yang ianya adalah jam tangan pintar. Selepas saya mula menggunakannya setiap hari, ia banyak mempermudahkan hidup saya.”
Kempen Fossil First ini sebenarnya ingin mengimbas nostalgia jam tangan Fossil pertama serta membawa mereka ke arah inovasi yang lebih tinggi dengan jam tangan pintar.
Dengan perubahan dalam industri jam pada hari ini, Fossil kini terus menjadi ketua untuk generasi akan datang dengan menampilkan inovasi terkini. Menerusi pelancarannya, Fossil berjaya menarik pengunjung baru dan lama untuk mencuba jam tangan pintar Fossil Q. Ia termasuklah jam terkini hybrid dan jam pintar yang berciri-cirikan rekaan klasik.
Berikut adalah antara ciri-ciri jam pintar baru Fossil Q Gen 3, Q Venture dan Q Explorist Touchscreen :
- Skrin sentuh (always-on display)
- Case berukuran 11.5mm (Q Venture) dan 12.5mm (Q Explorist)
- 42mm diameter case (Q Venture) dan 44mm diameter case (Q Explorist)
- Paparan skrin AMOLED tinggi resolusi
- Pengguna iOS atau Android boleh mereka wajah jam sendiri (termasuk lebih 30 Fossil Q) dan informasi yang diperlukan di dalam jam tersebut
- Permainan berinspirasikan vintaj-arcade untuk Fossil Q
- Strap jam yang boleh ditukar ganti
- Pengecas tanpa wayar magnetik
- Diintegrasi dengan aplikasi fitness termasuklah Google Fit, UA Record by Under Armour, Strava dan RunKeeper
- Dicipta dengan pemproses Qualcomm Snapdragon Wear 2100 dan 4GB memori serta Bluetooth dan Wi-fi
Percutian ke Korea untuk temui Song Ji Hyo
Berpeluang untuk menangi percutian tiga hari dua malam untuk dua orang bertemu dengan Song Ji Hyo di Seoul pabila anda membeli seutas jam tangan pintar Fossil Q Gen 3.
Tempoh pertandingan : 17 September sehingga 8 Oktober 2017
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila lawati stor Fossil untuk dapatkan maklumat lanjut.