Ketika menghadapi situasi yang bahaya, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bertenang kerana ini membolehkan anda untuk berfikir dengan jelas dan sekali gus mencari jalan untuk menyelamatkan diri anda.
Jalan Keluar
Tidak kira di mana sahaja anda berada sama ada di pejabat mahupun di rumah sendiri, pastikan anda mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar agar anda dapat menyelamatkan diri anda dan juga keluarga.