Cuti panjang tiba lagi. Mungkin boleh pertimbangkan untuk bercuti gaya mewah di enam lokasi ini tetapi dengan harga yang cukup berbaloi!
Sudah semestinya ramai yang mengimpikan percutian gaya mewah pada harga yang berbaloi. Jadi, HomeAway, laman sesawang pencarian lokasi percutian adalah jawapannya kerana ia menyenaraikan pelbagai lokasi penginapan dengan harga yang berpatutan.
Di sini, EH! kongsikan enam lokasi percutian di Bali dan Thailand yang sesuai buat mereka yang idamkan percutian mewah tetapi pada harga yang rendah tidak lebih dari RM160 seorang untuk semalam.
[envira-gallery id=”110256″]
Harga purata setiap seorang setiap malam : RM60
Sesuai untuk pasangan atau keluarga dengan anak kecil. Villa ini nyata cukup privasi dan membolehkan anda untuk menikmati waktu liburan terbaik bersama tersayang. Dilengkapi dengan kolam renang peribadi, taman, kerusi santai dan pelbagai hiburan lain untuk memastikan setiap saat anda menginap di villa ini menjadi momen cukup bermakna. Ia juga dilengkapi dengan ruang dapur dan ruang makan. Kanak-kanak pastinya gembira dengan permainan yang disediakan di villa ini dan ia juga mempunyai servis pengasuh untuk ibu bapa yang mahukan waktu romantis persendirian. Bahkan, pasangan yang mempunyai bayi boleh meminta barangan untuk bayi seperti katil bayi, kerusi makan untuk bayi serta pelbagai jenis lampin untuk si comel. Jika anda menetap di villa ini selama tujuh hari atau lebih, anda akan mendapat servis pengambilan dan penghantaran ke lapangan terbang tanpa caj tambahan.
2. Villa tiga bilik tidur di Bali Utara (boleh memuatkan enam orang tetamu)
[envira-gallery id=”110159″]
Harga purata setiap seorang setiap malam : RM120
Dengan pemandangan indah yang villa HomeAway ini tawarkan, anda pasti akan jatuh hati serta merta. Dengan dekorasi dalaman yang cantik, kamar mandi terbuka serba mewah, kolam renang infiniti dan rekaan villa duplex menjadikan villa ini sebagai satu pilihan terbaik untuk keluarga atau sekumpulan pengembara. Anda dapat menikmati pemandangan segar sawah padi, pergunungan yang tersergam indah serta air biru dari bukit di mana terletaknya lokasi villa ini. Ia mempunyai staff yang sentiasa akan ada di situ jika anda memerlukan sebarang bantuan.
3. Villa dua bilik tidur di Kuta, Bali (boleh memuatkan enam orang tetamu)
[envira-gallery id=”110227″]
Harga purata setiap orang setiap malam : RM71
Villa yang cukup selesa ini mampu memuatkan empat ke enam orang tetamu. Ia direka serba putih, villa ini hadir dengan sebuah kolam renang peribadi, ruang dapur, verandah di sebelah kolam renang, dan terbuka dengan sinaran cahaya mentari. Villa HomeAway ini terletak hanya lima minit dari jalan utama Kuta.
4. Villa Dengan Pemandangan Lautan di Koh Samui, Thailand (boleh memuatkan 10 orang tetamu)
[envira-gallery id=”110213″]
Harga purata setiap seorang setiap malam : RM109
Villa empat bilik tidur ini terletak di bukit di pantai Chaweng Noi dan ia turut menyediakan suasana yang sempurna untuk percutian yang santai. Anda pasti akan merasakan cukup tenang dan segar pabila bersantai di bawah sinaran matahari dengan pemandangan terbaik dari kerusi santai di balkoni dan di sekitar kolam renang infiniti. Dengan rekaan tingkap ala Perancis di kamar tidur, ia membolehkan anda untuk menikmati pemandangan indah setiap kali mencelik mata.
5. Villa moden, butik di Patong, Phuket, Thailand (boleh memuatkan 6 orang tetamu)
[envira-gallery id=”110242″]
Harga purata setiap seorang setiap malam : RM146
Impikan percutian mewah? Villa HomeAway kontemporari dengan tiga kamar tidur di Patong ini mungkin boleh anda pertimbang. Villa butik ini adalah sebuah villa estet peribadi dan mempunyai seorang pengurus perkhidmatan serta servis pembersih kamar yang memastikan percutian anda sempurna. Selain dari perkhidmatan yang ditawarkan, ia juga memberikan pemandangan yang indah buat yang menginap di sini.
6. Villa Dengan Kolam Renang Peribadi di Hua Hin, Thailand (boleh memuatkan 6 orang tetamu)
[envira-gallery id=”110195″]
Harga purata setiap seorang setiap malam : RM64
Villa ini tergolong dalam sebahagian kawasan komuniti berpagar yang privasi. Ia terletak berdekatan dengan pantai dan teres atas bumbungnya menyajikan pemandangan bukit-bukit yang menakjubkan. Anda juga akan mendapat akses ke beach club yang mempunyai kolam renang untuk kanak-kanak, meja snuker, serta kemudahan wap dan sauna.
*Semua harga di sini adalah benar berdasarkan waktu artikel ini ditulis. Harga yang disebut adalah harga purata bagi seorang untuk satu malam di beberapa lokasi penginapan yang ditawarkan HomeAway pada semua tarikh dan harga sebenar bergantung pada tarikh yang anda pilih.