Nama besar dalam industri hiburan Hollywood, Harvey Weinstein sememangnya sedang hangat diperkatakan sekarang ini, gara-gara lebih 30 dakwaan gangguan seksual telah dibuat ke atasnya.
Agen Aishwarya Rai tiada sebarang keinginan atau niat untuk membenarkan selebriti mereka ditinggalkan bersendirian dengan Harvey Weinstein.
Kira-kira 15 tahun lalu, penerbit filem terkenal ini pernah bertanya kepada Simone Sheffield, pengasas dan CEO syarikat Canyon Entertainment yang kemudian bergelar pengurus antarabangsa kepada bintang Bollywood itu, “Apa yang dia patut lakukan supaya dapat bersendirian dengan Aishwarya Rai?”.
Sheffield memberi respon yang agak kasar dan marah terhadap pertanyaan Weinstein pada ketika itu. Pada tahun 2003, Sheffield pernah bertemu dengan Weinstein untuk sebuah mesyuarat di mana pada ketika itu, Rai membintangi ‘Bride and Prejudice’, yang mana diedarkan di Amerika Syarikat oleh syarikat Weinstein, Miramax.
Di dalam pejabatnya di New York, agen Rai telah menolak dari meninggalkan selebriti naungannya bersendirian bersama penerbit itu.
“Rai dilindungi 100%,”Sheffield memberitahu Hindustan Times. “Saya tidak langsung membenarkan dia mendekati Rai,” tambahnya.
Selepas meninggalkan mesyuarat tersebut, Sheffield telah menghantar bekas minuman khinzir yang dipenuhi dengan Diet Coke sebagai mesej menghina perbuatannya yang cuba berniat kotor terhadap Aishwarya Rai.
Namun, pejabatnya dikatakan tidak menerima mesej sebenar di sebalik penghantaran Diet Coke tersebut. Weinstein sememangnya gagal menyentuh Aishwarya Rai, namun telah berpuluh-puluh wanita telah tampil membuat aduan berkenaan gangguan seksual dan cabul termasuklah Ashley Judd, Angelina Jolie, Rose McGowan, Cara Delevigne dan Eva Green.
Baru-baru ini, Weinstein telah dilucutkan jawatan dari syarikatnya sendiri dan dibuang dari Motion Picture Academy.