Anjing peliharaan Siwon yang dinamakan Bugsy dikatakan telah menggigit jiran kepada bintang K-pop itu sehingga menyebabkan kematian selepas 4 hari.
Ahli kumpulan Super Junior itu dilaporkan telah pun meminta maaf secara terbuka selepas anjingnya telah mengakibatkan kematian seorang jirannya.
Insiden tersebut berlaku pabila anjing tersebut yang tidak diikat secara tiba-tiba menggigit kaki jirannya ketika keluar dari lif kediaman mereka.
Wanita berusia 50-an itu kemudian digegaskan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia selepas empat hari rawatan akibat jangkitan kuman pada luka yang dialaminya.
Bintang popular dari Korea itu merasa sangat bersalah akan kemalangan tersebut dan terus membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/BafnUyajM-G/?taken-by=siwonchoi
Tulisnya,
“Ini adalah Choi Si Won.
Saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga yang semestinya terkejut dan sedang bersedih sekarang ini. Saya merasakan sangat kesal dengan insiden yang melibatkan anjing keluarga kami baru-baru ini. Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Sebagai seorang pemilik anjing itu, saya rasa sangat bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Saya sepatutnya menjaga anjing berkenaan dengan baik setiap masa tetapi disebabkan kecuaian saya, ia telah mengakibatkan insiden yang sangat menakutkan dan saya sangat terkesan. Saya akan pastikan yang perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Saya meminta maaf kerana perkara sebegini berlaku. Semoga mangsa bersemadi dengan aman.”