Jika tahun lalu kita boleh lihat barisan remaja berpengaruh seperti Malala Yousafzai, Maisie Williams dan Kylie Jenner, jadi siapakah di antara remaja berpengaruh untuk tahun ini pula?
Remaja, satu golongan yang meliputi 26% daripada kadar kesuluruhan populasi dunia yang mana merupakan masa depan dan juga pelopor dunia dengan pembangunan yang pesat berlaku di sekeliling mereka.
Tidak kira industri apa pun, salah satu kumpulan sasaran yang boleh memberikan impak kepada pemasaran produk adalah remaja. Dan majalah Time sekali lagi telah menyenaraikan 30 orang remaja paling berpengaruh di dunia yang terdiri daripada individu-individu dalam umur lingkungan 13 hingga 19 tahun.
Time mengambil kira pengaruh remaja-remaja ini melalui pelbagai bidang, impak global mereka terhadap media sosial, dan kebolehan mereka untuk menjadi topik berita media. Di sini, EH! himpunkan antara 15 remaja yang paling berpengaruh di dunia untuk tahun ini.