Lebih sanggup minum air smoothie ikan sardin dari mengesahkan berita kehamilan kedua-dua adiknya, Kim Kardashian West masih mengunci mulut.
Khloé Kardashian dan Kylie Jenner masih belum mengesahkan laporan kehamilan mereka, dan jangan harap kakak mereka Kim Kardashian West untuk mengesahkannya.
Bintang realiti ini muncul di dalam rancangan The Late Late Show with James Corden baru-baru ini di mana dia turut mengikuti acara popular di program itu iaitu segmen Spill Your Guts or Fill Your Guts (yang mana menyoal tetamu undangan sama ada untuk menjawab soalan yang cukup mencabar atau makan sesuatu yang sangat menjijikkan).
Ketika Kardashian West berjaya mengharungi majoriti game tersebut tanpa makan apa sahaja (walaupun terpaksa meletakkan kedudukan di antara adik-beradiknya dari yang terbaik dan paling buruk dari segi pemakaian), Kim akhirnya sanggup minum smoothie sardin pabila hos James Corden bertanya jika dia mahu mengesahkan berita kehamilan dua orang adiknya.
Sudah semestinya menelan minuman tersebut agak sukar. “The aftertaste!” ujar Kim selepas membuang sisa minuman tersebut ke dalam tong sampah. “Saya mesti pergi makan malam selepas ini! Rasanya sangat menjijikkan!”
Dalam segment tersebut, Kim turut mendedahkan habit buruk suaminya, Kanye West.
“Dia selalu tertidur tidak kira di mana sahaja dan ia agak memalukan pabila kami berada di dalam sebuah sesi perbincangan bersama ibu bapa dan guru, ketika temu janji bersama doktor, di mesyuarat yang dia bawa saya untuk berjumpa dengan pereka fesyen yang belum pernah saya temui sebelum ini dan kemudian dia pernah berdengkur di sebuah restoran,” jelas bintang Keeping Up with the Kardashians itu.
“Saya salahkan pada masalah jet lag,” sambung Kim. “Meskipun jika (Kanye) tidak merantau ke mana-mana dalam setahun. Saya seperti, ‘Oh dia sedang jet lagged!’ I have to cover up for him! Dia akan mula tunduk dan saya akan selalu kejutkannya dengan sepakan perlahan pada kaki atau cubit,” tambah Kim.
Kanye seakan perlu mendapatkan tidur yang secukupnya sekarang kerana tidak lama lagi mereka akan menimang bayi ketiga pula menerusi ibu tumpang yang pastinya akan lebih tenaga diperlukan.