Bintang hip-hop Nicki Minaj bersama Jesse Williams dan John Turturro membintangi filem pendek yang serba magikal untuk kempen H&M holiday 2017.
Musim perayaan akhir tahun sudah tiba. H&M tidak terkecuali dalam memeriahkan lagi sambutan hari natal dengan mempersembahkan sebuah filem pendek yang dibintangi oleh superstar hip-hop Nicki Minaj bersama Jesse Williams dan John Turturro. Filem yang diarahkan oleh Johan Rench ini berlatarkan dunia fantasi yang disulami dengan mesej-mesej berguna.
A Magical Holiday, judul yang diberikan kali ini merupakan sebuah cerita dongeng klasik yang diberikan sentuhan moden. Ia mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang cukup berani untuk menyelamatkan musim perayaan daripada kejahatan adik lelaki Santa Claus yang mementingkan diri sendiri.
“I love the film’s over all empowering message. I love seeing this young girl become the champion that lives in all of us. There’s always magic in the air during the Holidays,” bilang Nicki Minaj.
Sambil menonton filem ini, jangan lupa untuk menjamu mata anda dengan seleksi helaian yang digayakan setiap karakter untuk musim perayaan tahun ini yang sudah boleh didapati di stor H&M terdekat atau hm.com.
Tonton A Magical Holiday melalui YouTube di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=2omJBSQcm5g&feature=youtu.be