Saban tahun pabila tibanya bulan ramadan dan disusuli dengan bulan syawal, apa yang dinantikan ramai adalah iklan sambutan Aidilfitri yang setiap satunya terkandung mesej bermakna buat semua.
Boleh dikatakan tidak sah jika sambutan lebaran tidak dimeriahkan dengan iklan-iklan raya yang majoritinya cukup mengandungi maksud tersirat dan boleh membuatkan ramai bergelinangan air mata menontonnya.
Dari dahulu sehingga sekarang, iklan raya ibarat satu kemestian yang tidak boleh dilupakan dan menjadi bahan bualan ramai. Sempena lebaran tahun ini, EH! himpunkan iklan-iklan raya yang mampu membuatkan anda mengalir air mata dan adanya menghiburkan jua.