Penyanyi dan penulis lagu popular, Aiman Tino kini dipilih oleh Canon Malaysia sebagai duta produk kamera dan printer jenama terkemuka itu. Sudah pastinya Aiman bakal turut serta dalam banyak kolaborasi Canon selepas ini.
Aiman dipilih atas kreativiti artistiknya. Bahkan, stail dan keintiman Aiman dengan muzik membawa aura yang cukup sebati dengan Canon EOS M siri mirrorless serta Canon PIXMA Ink Efficient E Series dan mesin pencetak gambar yang memberikan pengguna untuk bebas berkarya dalam membina identiti diri mereka sendiri, generasi muda yang sering dilihat menyukainya.
Dengan kerjasama bersama Canon ini, Aiman bakal turut serta dalam pelbagai acara dan bengkel yang dibawakan oleh Canon serta mempromosikan aktiviti-aktiviti untuk kamera digital dan printer jenama gergasi itu.
Menurut Ketua Bahagian Pencitraan Pengguna dan Maklumat, Jeffrey Kung, kerjasama dengan Aiman akan dapat memberikan Canon lebih banyak peluang untuk mendekati lebih ramai golongan muda.
“Saya diberikan penghormatan untuk bekerja bersama salah satu jenama yang diiktiraf yang mana juara dalam kreativiti dan penghasilan produk yang membenarkan pengguna untuk menyemai bakat mereka serta berkongsikannya dengan teman dan keluarga. Canon mewakili lebih dari produk yang mereka cipta, jenama ini menginspirasi kita untuk berfikir di luar kotak dan sentiasa berinovasi dalam apa yang kita lakukan. Saya tidak sabar untuk menggunakan produk kamera Canon untuk merakam momen-momen istimewa dalam kehidupan dan kerjaya saya bersama peminat dan penggemar fotografi,” kata Aiman.
Pada masa yang sama, Canon memperkenalkan laman web mereka yang telah diperbaharui iaitu di https://my.canon/ untuk memeriksa harga yang sudah dikemaskini bermula 1 Jun, 2018.