Daripada bunyi klasik piring hitam hingga suasana kafe yang penuh karakter, vinyl cafe kini jadi spot wajib untuk pencinta muzik yang crave sesuatu yang lebih istimewa.
Bagi pencinta muzik, pengalaman dengar lagu tak lengkap tanpa vibe yang betul dan di sinilah vinyl cafe jadi hidden gem yang makin mendapat tempat di Malaysia. Dari bunyi crackle halus piring hitam hingga suasana cozy yang estetik, tempat-tempat ini bukan sekadar untuk coffee break, tapi juga untuk truly menikmati muzik in its purest form.
Kalau anda jenis yang hargai sound yang lebih warm dan intimate, feel free check it out.
Eternyl Vinyl Cafe, Petaling Jaya
Eternyl Vinyl Cafe dikenali sebagai antara vinyl listening cafe pertama di Malaysia, menawarkan pengalaman dengar muzik yang lebih immersive. Dengan konsep Japanese-inspired yang minimal dan selesa, setiap meja dilengkapi turntable dan headphone sendiri, memang perfect untuk solo session atau date yang lowkey.
Kafe ini menampilkan lebih 500 koleksi vinyl, daripada city pop Jepun hingga klasik dan pop moden. Dengan sesi 90 minit sekitar RM20, spot ideal untuk slow down dan nikmati kehidupan.
Listen HiFi Cafe, Chow Kit
Listen HiFi Cafe di Chow Kit membawa pengalaman vinyl ke tahap lebih serius dengan konsep hi-fi listening yang immersive. Berbeza dengan kafe biasa, ruang ini direka khas untuk focused listening dengan suasana senyap, tenang dan memang untuk betul-betul tenggelam dalam muzik.
Dengan 13 listening stations lengkap dengan turntable Audio-Technica dan headphone, semua boleh explore lebih 100 koleksi vinyl dalam setting yang sangat intimate. Ditambah pula dengan view Menara Kuala Lumpur, sesi 90 minit di sini terasa macam escape sementara dari hiruk-pikuk kota.
MONK, SS15
MONK SS15 ialah listening bar kecil di Subang Jaya yang diinspirasikan daripada jazz kissa Jepun, direka untuk pengalaman mendengar vinyl yang lebih fokus dan tenang. Dengan hanya sekitar 10 tempat duduk, ruang ini terasa sangat peribadi dan tidak sesak, sesuai untuk benar-benar menikmati muzik tanpa gangguan.
Sambil menikmati kopi, teh atau pastri, pengunjung boleh layan alunan piring hitam dalam suasana yang very cozy dan hangat, lebih kepada slow appreciation terhadap muzik berbanding sekadar bunyi latar.
Embrace Hall Cafe, Johor Bahru
Terletak di Skudai, Embrace Hall Cafe ialah hidden music cafe yang menggabungkan makanan, seni dan budaya vinyl dalam satu ruang yang chill. Dengan vibe industrial yang cozy, jadi spot ideal untuk lepak sambil nikmati muzik.
Koleksi vinyl di sini jadi tarikan utama, malah anda boleh dapat diskaun makanan bila beli piring hitam, a nice touch untuk peminat muzik. Ditambah dengan gig dan live performance, tempat ini terasa lebih hidup tapi masih kekalkan suasana tenang.
People’s Park Cafe, Damansara Jaya
People’s Park Cafe menawarkan suasana tenang dengan vibe minimal dan cerah, menghadap kehijauan taman di Damansara Jaya, sangat ideal untuk slow, mindful listening.
Walaupun bukan sepenuhnya vinyl-focused, kafe ini ada sentuhan unik seperti vinyl journaling yang boleh dilakukan secara percuma, memberi peluang untuk anda rekod dan refleksi pengalaman muzik sendiri. Digabungkan dengan menu Japanese-Western fusion dan kopi specialty, menjadikan ianya spot yang cukup tenang untuk unwind sambil layan muzik.
