Tertanya-tanya bagaimana bintang Korea menutup segala cela pada wajah? Jawapannya menerusi item kecantikan ini yang terbukti mampu melitupi ketidaksempurnaan pada kulit muka.
Dengan hanya setitik sapuan bedak asas THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit, ia mampu menyamarkan kesan noda atau cela pada kulit anda. Ia seakan membelikan satu lapisan kulit baru pada wajah anda.
Apa yang istimewanya bedak asas terbaharu dari THE FACE SHOP ini adalah ia mampu menyempurnakan kulit wajah dengan lebih lama, kemasan terakhir yang berdefinisi tinggi, tidak memusamkan kulit wajah, teksturnya yang lebih ringan, memberikan litupan kedua kulit serta ia tidak membuatkan kulit wajah kelihatan cakey.
Kunci pada solekan asas yang cantik adalah pabila kulit anda hidrat dengan sempurna. Dengan kandungan Biosaccharide Gum-1, ia memberikan lembapan segera dan berpanjangan pada kulit wajah, tidak seperti Hyaluronic Acid yang hilang lembapannya masa ke semasa.
Dua bahan penting dalam THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit adalah Flat Cover Pigment dan Air Pore Powder yang memberikan kemasan terakhir lapisan kulit kedua yang sempurna cantik. Flat Cover Pigment memberikan litupan semula jadi dengan multiple flat layer yang mana rapat pada kulit. Bahkan kulit lebih lembut bak feather dengan Air Pore Powder yang menyerap empat kali lebih sebum dari saiz asalnya, ia mengelakkan kulit berkilat berlebihan dan memperbaiki keserian kulit sepanjang hari.
EH! punya tip terbaik untuk memakai bedak asas supaya ia disapu rata dengan sepenuhnya pada seluruh wajah. Foundation bukan seperti skin care yang anda boleh calit ke seluruh wajah sebelum sapuan sepenuhnya. Sekiranya bedak asas diletakkan pada pipi kanan, oles terlebih dahulu sebelum beralih pada bahagian-bahagian lain. Kalau dibiarkan bedak asas terlalu lama, teksturnya mungkin bertukar dan jadi kering.
Dengan teksturnya yang ringan, anda boleh oles THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit tidak kira apa tujuannya sekalipun. Bahkan, ia lebih mudah untuk dipakai pabila bedak asas terbaharu dari THE FACE SHOP ini juga hadir dalam bentuk mudah dibawa ke mana sahaja.
THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit, 30 ml (SPF30 PA++)
Hadir dalam empat rona, masing-masingnya berharga RM88. Bedak asas ini kaya dengan Adenosine yang baik untuk anti-penuaan. Meskipun ia dihasilkan cukup ringan, tetapi ia mampu memberikan litupan penuh pada cela serta lapisan berdefinisi tinggi tanpa membuatkan kulit wajah kelihatan kusam. Ia terbukti hebat pabila pakar kecantikan dari Korea memberikan markah 4.8 dari 5!
THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit To Go, 15g (SPF30PA++)
Ia dihasilkan dalam empat rona dan berharga RM111 setiap satu. Ia turut berformulasi yang sama, tetapi ia hadir dengan bekas yang lebih mudah untuk dipakai tidak kira di mana jua anda berada. Bekasnya dicipta khas untuk mengelak dari bakteria dan puff Rubycell mampu memastikan litupan yang mulus pada wajah serta melenyapkan pori yang kelihatan.
Tip Pemakaian Bedak Asas THE FACE SHOP
Kulit Berminyak
Campurkan bedak asas dan primer, hasilnya akan bertahan lebih lama. Selepas pemakaiannya, blot tisu pada kulit dengan lembut sebelum diikuti dengan sapuan loose powder.
Kulit Kering
Semburkan puff sapuan dengan face mist. Elakkan kemasan terakhir seakan cakey dengan menggunakan span basah. Untuk impak yang dewy, gunakan teknik sapuan menepuk daripada mengoles ketika menggunakan bedak asas.
*THE FACE SHOP Ink Lasting Foundation Slim Fit dan Ink Lasting Foundation Slim Fit To Go sudah boleh didapati di pasaran bermula Jun 2018.