Teks : Azliany Mohamad
Khasiat lendir kolagen yang terdapat dalam rumpai laut 10 kali ganda berbanding khasiat sarang burung dan sirip yu. Manakala kalsiumnya 37 kali lebih baik daripada hati ikan.
Bagi orang Asia khususnya Korea dan Jepun, mereka menjadikan rumpai laut sebagai makanan sampingan yang perlu ada ketika menikmati hidangan utama. Selain sebagai sajian santapan, hakikatnya hidupan laut ini juga kaya dengan vitamin dan mineral yang mana mampu merawat kesihatan dan kecantikan kulit.
Kini terdapat banyak produk di pasaran menawarkan produk yang mengandungi kandungan rumpai laut. Kolagen yang terdapat dalam rumpai laut dapat meningkatkan kekurangan air dalam kulit dan ia membantu menjadikan kulit kelihatan lebih muda. Selain itu, ia juga dapat menghilang dan memudarkan garis- garis halus yang terdapat pada wajah, merawat parut luka yang rosak seperti parut jerawat, bintik-bintik hitam, pigmentasi dan jerawat. Bagi yang memiliki kulit sensitif, rumpai laut merupakan bahan atau ramuan yang selamat dan sangat sesuai untuk digunakan.
Khasiat rumpai laut bukan saja sesuai untuk dipakai pada wajah sahaja. Ia juga menyuntik khasiat positif pada tubuh badan dan rambut. Protein kolagen yang terdapat pada rumpai laut memainkan peranan untuk menguatkan otot dan sendi, mengurangkan sakit sendi dan tulang belakang. Manakala rambut pula ia dapat membaiki masalah rambut putih atau uban, rambut gugur dan rambut yang mulai menipis.
Apa itu Rumpai Laut
Rumpai laut yang mempunyai nama lain iaitu rumpai garam mempunyai bentuk yang menyerupai terumbu karang. Difahamkan rumpai laut kaya dengan pelbagai khasiat mineral iaitu protein kolagen, kalsium, besi, magnesium, kalium, fosforus, selenium dan Omega-3 dan 6. Menurut laporan perubatan, rumpai laut sesuai digunakan untuk menambah mineral yang bertindak mengaktifkan anti-pengoksidaan enzim, mengingkatkan fungsi detoksifikasi hati bagi menghilangkan radikal bebas dan penghapusan racun dari tubuh melalui sistem nyahtoksik.
Manfaat rumput /rumpai laut: