Sesuai untuk dinikmati kala musim panas sekarang ini, Häagen-Dazs punya citarasa tersendiri dengan perisa baharu mereka yang pasti menjadi dambaan ramai.
Malaysia sememangnya sinonim dengan perkataan musim panas berpanjangan. Jadi, dengan kehadiran perisa terbaharu dari ais-krim mewah ini, musim hangat anda tahun ini akan lebih sempurna dan menyegarkan!
Häagen-Dazs memperkenalkan dua perisa buah-buahan dalam rangkaian ais-krim mereka iaitu White Peach & Raspberry dan Yellow Peach Froze Yogurt.
White Peach & Raspberry
Gabungan terbaik di mana pic putih dipilih dari Caprice yang mana digandingkan bersama ais-krim signature berkrim Häagen-Dazs yang dibuat dari susu berkualiti tinggi serta krim segar berasaskan dari Perancis. Setiap suapan anda akan dapat menikmati rasa zest vibrant serta kesegaran terbaik dengan potongan pic sebenar yang manis dan rangup, ditambah sedikit perisa raspberi.
Yellow Peach Frozen Yoghurt
Alami kemanisan buah pic kuning Conquise sebenar menerusi Yello Peach Frozen Yoghurt. Buah pic ini tumbuh segar di bawah terik mentari tanah Mediterranean di Greece serta digabungkan dengan yogurt premium dari Häagen-Dazs.
Dua perisa baharu ini merupakan perisa edisi terhad dan tersedia di semua stor Häagen-Dazs. Anda turut boleh nikmati hidangan lain dengan perisa pic ini menerusi pilihan minuman dan kek serta termasuklah set kongsi Let’s Peach Party, Party with Peaches, White Peach Frappe, Sunset Dance dan Peach Daisy.
Let’s Peach Party!
Sempena pelancaran perisa baharu ini, Häagen-Dazs mengajak anda untuk hadir di pop-up party on wheels mereka untuk alami citarasa musim panas ini. Ia bakal berada di sekitar lokasi utama Lembah Klang dari 5 sehingga 19 Julai. Anda boleh semak tarikh dari lokasi Let’s Peach Party di Facebook mereka.