Our fashion darling bakal menempuh gerbang perkahwinan, Yaya Zahir tampak berseri dalam naskhah fesyen istimewa beberapa bulan lalu. Dia kini sudah bersedia…
Umum tahu yang mana Yaya Zahir, seorang hos rancangan yang cukup terkenal masa kini sudah pun melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya. Setiap bakal pengantin, sudah semesti mempunyai perkahwinan idaman tidak terkecuali Yaya Zahir. Cantik anggun dalam persalinan fesyen perkahwinan, Yaya sempat berkongsi impian perkahwinannya.
Apakah pilihan stail fesyen anda?
Sudah tentu, Korean Fashion! Bagi saya mereka cukup versatil dan punya citarasa tersendiri. Walaupun ringkas tetapi masih fashionable. Saya rasa gerobol persalinan saya hampir sama dengan gaya fesyen mereka.
Siapakah pereka fesyen busana pengantin pilihan anda?
Pereka yang sama mereka busana pada hari pertunangan saya, Teh Firdaus. Selain itu, pereka terkenal seperti Datuk Rizalman antara nama yang menjadi pilihan saya.
Apakah impian perkahwinan anda?
Sangat mudah. Saya impikan perkahwinan yang serba ringkas tetapi sarat dengan momen manis dan bermakna. Konsep saya adalah less is more.
Apakah pula tema perkahwinan anda?
Most probably Korean theme. Kalau boleh saya ingin melangsungkan majlis persandingan saya di sana tetapi bila difikirkan kembali ia mungkin menyusahkan untuk tetamu yang diundang untuk ke sana. Jika anda kenal personaliti saya, pasti sudah agak yang majlis saya sangat ringkas dan tidak terlalu 'berat'.