Gambar: realsimple.com
Teks: Izzati Saadin
Ramai dalam kalangan kita kini seolah terikut dengan trend solekan tebal ke sesebuah acara ataupun majlis. Namun, sedar atau tidak, perkara tersebut andai dijadikan sebagai rutin, mampu memberi kesan kepada kulit wajah. Jadi sentiasa tampil dengan solekan minimum dengan impak yang maksimum adalah jalan yang terbaik untuk anda melangkah dengan penuh gaya! Bagaimana? Ayuh ikuti 5 tip daripada saya dan jurusolek profesional.
Elakkan asas yang terlalu tebal, pastikan anda hanya oles apa yang diperlukan kulit sahaja. Mengapa? Kulit anda perlu bernafas! Lebih-lebih dengan cuaca tropikal di Malaysia ini, dan anda pula menggayakan solekan dari pagi hingga ke malam.
Gambar: dermstore.com
1. Kata Jurusolek Profesional Ummi Nasir, anda boleh cuba solekan minimalis ini rias bulu kening dengan teknik ‘feather’ kemudian tambahkan palitan dramatis maskara untuk mata lebih menyerlah. Sapuan bronzer untuk menambahkan defi nisi wajah serta kemaskan solekan anda dengan olesan rona terang seperti koral pada bibir!
2. Selain gincu pusam, anda boleh gayakan glos yang berwarna lebih terang. Selepas menjamah hidangan raya pun kesan warnanya akan kekal pada bibir. Dan yang lebih menarik ia tidak akan mengeringkan bibir seperti gincu pusam.
3. Jika anda lebih gemarkan pemakaian gincu, pilih gincu semi pusam atau moisture lipstick.
4. Untuk pemakaian maskara, jika boleh elakkan yang mengandungi fiber. Kerana efek maskara fi ber ini, jika dipakai terlalu lama, akan terhasillah bulu-bulu fi ber berguguran di bawah mata. Waterproof? Yes. But fiber, No.
5. Inginkan solekan mata berkabut? Semestinya boleh! Cuma terhadkan mainan ronarona neutral seperti coklat atau beige. Untuk highlight mata, sapukan sedikit shimmer rona bronze di bahagian tengah-tengah kelopak mata.