Bahang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam terus dirasai.
Anugerah yang bukan bersandar kepada bakat semata-mata itu mempertaruhkan 13 kategori utama, dua kategori baharu dan lima kategpori online yang ditentukan sepenuhnya melalui undian serratus peratus oleh pembaca akhbar Berita Harian serta peminat.
Seperti sudah dijangka, Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular tahun ini yang pastinya merupakan kejayaan paling bermakna buat pelakon dan pengacara tersebut.
Menerima undian sebanyak 6,320,463 undi, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman tidak langsung menganggap kontroversi sebagai faktor kejayaanya, malah tetap percaya peminat bersikap rasional menilai mutu dan hasil kerjanya dalam membuat undian.
Mira yang berjaya merangkul empat trofi itu tidak menafikan yang kualiti lakonannya haruslah seiring dengan populariti yang disandangnya selepas ini.
Tidak ketinggalan, nama-nama besar seperti Khai Bahar dan Siti Nordiana juga antara yang berjaya mengungguli kemenangan untuk kategori utama iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Penyanyi Wanita Popular.
Lebih menarik, acara berprestij yang mengetengahkan tema “Melangkaui Sempadan” kali ini, turut menyaksikan himpunan gaya fesyen selebriti di karpet merah memperagakan busana masing-masing dengan penuh citarasa.
Oleh itu, EH! kongsikan beberapa gaya fesyen selebriti tanah air yang berjaya memukau mata pencinta fesyen selari dengan tema yang diketengahkan untuk edisi kali ini.