Sunscreen atau krim pelindung matahari usah ditinggalkan dalam rutin penjagaan kulit harian anda, ia langkah penyempurna sebelum anda melangkah keluar rumah.
DIOR INVISIBLE FLUID & UV STICK SPF 50
Sudah namanya ‘invisible’, pastinya pelindung cahaya matahari ini yang dicar-cari kerana tidak meninggalkan white cast. Dior memperkenalkan inovasi terbarunya, Dior Invisible Fluid SPF 50+ PA++++ dan Invisible Mattifying UV StickSPF 50 PA++++ yang sesuai dengan semua ton kulit.
Tambah menarik formula dan teksturnya mesra dipakai dengan alat solek. Inovasi terbaru Dior ini mengandungi asid hyaluronik serta antioksidan vitamin E yang melindung dan menguatkan pertahanan kulit. Bukan sahaja melindungi kulit malah ia melembap dan kulit lebih berseri selepas penggunaan berterusan. Kemasan stik pula pusam, jadi sesuai untuk diaplikasi bersama alat solek dan sesuai dengan semua jenis kulit.
Beli di pautan ini- DIOR BEAUTY

THE ORDINARY UV FILTERS SPF 45 SERUM
Produk tabir suria dalam tekstur serum, pastinya rasa ringan bila dioles pada wajah. UV Filters SPF 45 Serum ini menawarkan spektrum yang luas yang melindungi wajah dari sinar UVA dan UVB. Formulanya juga mengurangkan tanda-tanda penuaan awal yang berpunca dari cahaya matahari. Ia juga boleh dilapiskan dengan solekan, juga melembapkan kulit sepanjang hari.

SUPERGOOP MATTE SCREEN SPF30 PA+++
Sejujurnya Supergoop adalah krim tabir suria yang sudah saya gunakan lebih dari tiga tahun. Dan jujur juga saya menyenanginya dek kemasan pusamnya. Teksturnya ringat dan selesa pada wajah. Dan ada hari yang saya perlu bersolek kerana menghadiri acara, ia tidak menganggu solekan kerana ia juga boleh bertindak sebagai primer.

LANEIGE WATER BANK UV BARRIER SUNSCREEN SPF 40+ PA++++
Melembap dan melindungi kulit, tekstur berasaskan air membuatkan sunscreen ini tidakrasa melekit bila dioles, malah terasa ringan. ‘Barrier-shield sunscreen’ membantu untuk melindungi dan membaik pulih paras kelembapan kulit serta mempekuat skin barrier. Lebih menarik, krim pelindung tabir suria Laneige ini mempunyai cooling sensation dan juga boleh mengurangkan tanda kemerahan kulit secara sementara. Bahan blue hyaluronic acid dan 5D hyaluronic acid berkuasa melembap kulit dengan sempurna.

KIEHL’S BETTER SCREEN™ UV SERUM
Serum pelindung kulit yang cukup ringan, mengandungi Collagen Peptide yang membantu melindungi kulit dari kerosakan cahaya matahari. Ia juga memperbaiki tanda-tanda awal penuaan. Diformulakan dengan broad-spectrum tapisan UVA dan UVB, sunscreen SPF 50 ini antara pilihan terbaik untuk kegunaan setiap hari. Sapukan setiap hari sebagai langkah akhir penjagaan kulit sebelum anda mengoles mekap. Dapatkan di pautan INI!


