Pencarian EH! Influencer Search 2019 kini hampir ke penghujung. Seramai 10 finalis kataegori kecantikan dan sembilan finalis Fesyen telahpun menyempurnakan kedua-dua cabaran dengan mengambil gambar flatlay dan memuat naik video produk yang diterima tempoh hari mengikut kreativiti masing-masing di Instagram.
Penyertaan pencarian yang julung kali dianjurkan oleh EH! ini, finalis yang terpilih haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 5 ribu dan tidak melebihi 20 ribu pengikut di Instagram. Berlangsung di Pullman Kuala Lumpur, majlis pencarian bermula seawal jam 9.30 pagi, yang mana semua finalis diberi ruang untuk menimba ilmu dan tip daripada selebriti dan juga influencer terkenal Ain Edruce dan Cik manggis. Sesi ini juga penyaksikan perkongsian informasi tentang produk Fossil dan THE FACE SHOP yang juga merupakan penaja utama pencarian ini.
Pada hari tersebut, para finalis turut diberikan tugasan iaitu merakamkan gambar untuk produk Fossil dan THE FACE SHOP. Mereka dikehendaki menggunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar yang menarik.
Cabaran kedua pula, para finalis diminta memuat naik video di akaun Instagram mereka, dua hari selepas acara berlangsung. Hasilnya sungguh membanggakan. Tidak disangkal lagi, mereka mampu mengolah hasil penceritaan video berdurasi maksimum 2 minit sepertimana yang dibayangkan, sungguh kreatif!
EH! mencari seorang pemenang bagi setiap kategori berdasarkan perwatakannya yang menarik juga hasil ‘flatlay’ foto & video kreatif berdurasi maksimum 2 minit di Instagram. Penentuan ini juga mengambil kira dari aspek capaian (insights/engagements) selepas 14 hari dimuatnaik.
Juara pencarian ini akan ditentukan berdasarkan jumlah markah terbanyak yang diadili oleh para juri iaitu editor EH! Malaysia, Khairul Abidin, Ain Edruce, Cik Manggis, wakil dari THE FACE SHOP & Fossil.
Jadi siapakah yang akan bergelar juara EH! Influencer Search 2019?
Stay tuned di EH! Malaysia
Ditaja oleh: