GAMBAR : KEENKY YONG DIBANTU ARIFAH HADIRAH / PENYELARAS, PENATA GAYA & TEKS : JULIA AZMAN #STYLEDBYJULESS / ARAHAN SENI : YANTIE BASHARUDIN / SOLEKAN SAHIR SABRI MENGGUNAKAN CHANEL / DANDANAN VV CHAN MENGGUNAKAN SHISEIDO PROFESSIONAL / MODEL ANNESS SOFEA & IMAN M / LOKASI : CIRCA BAR, KL, JALAN BATAI
Berwajah eksotik, Annees Sofea dan Iman Mohamed menjalani transisi kerjaya; dari model ke pelakon dan ahli perniagaan. Duo unik berganding dalam halaman fesyen EH!
Apakah kisah terbaru anda?
ANNEES : Masih fokus pada modelling dan bakal kembali beraksi semula dalam lakonan.
IMAN : Sedang giat bekerjasama dengan jenama penjagaan kulit. Dalam masa yang sama saya turut tampil dalam kempen bersama La Mer dan ini kali yang kedua.
Siapa pereka fesyen pilihan anda?
ANNEES : Karl Lagerfeld. Saya sangat mengagumi setiap karya, idea dan ilhamnya untuk Chanel dan juga Fendi. Ia sangat klasik dan ada identiti tersendiri. Chanel always be my favourite fashion brand!
IMAN : The one and only famous Coco Chanel. Bagi saya, dia begitu menakjubkan kerana mampu mengubah gaya menjadi elegan dan tersendiri. Helaian persalinan jaket tweed dan beg tangan klasik sangat timeless.
Apakah trend musim luruh 2019 pilihan anda?
ANNEES : Saya suka Bougie Girl look! Gaya blaus ikatan reben bersaiz ekstravaganza, skirt lipatan lisu dan digandakan bersama jaket. I love how it gives the chic revival of the classic 70’s girl. Gaya di pentas peragaan pilihan saya adalah Valentino dan Gucci.
IMAN : I like how the trends allow us to play with colour for winter season. Apa jua trend neon dan bourgeois bagi saya ia sangat menarik. Saya pilih Chanel dan Carolina Herrera.
Bilakah kali pertama anda beraksi sebagai seorang model?
ANNEES : Ketika bersama majalah Hijabista pada tahun 2014. Ketika itu saya berumur 18 tahun.
IMAN : Bergelar model untuk jenama kosmetik Luxuria milik Diana Danielle.
Apakah yang membuatkan anda mahu menjadi model?
ANNEES : Berpeluang bertemu dengan individu terkenal dan hebat dalam bidang masing-masing. Belajar bagaimana untuk mempersiapkan diri, malah saya berpeluang untuk menggayakan persalinan milik pereka terkemuka dunia.
IMAN : Boleh bekerja dengan pelbagai individu dan mengenali mereka menerusi cara mereka berkarya dan mempelajari selok-belok dunia peragawati.
Apakah tiga bucket-list anda?
ANNEES : The new Air Pods, kembara ke New York dan membela kucing Persian (ketawa).
IMAN : Menunaikan umrah bersama ahli keluarga dan adik beradik, fasih bertutur dalam bahasa Arab, kembara ke Chamonix Mont Blanc.
Apakah gaya kasual harian anda?
ANNEES : Sangat santai. Selesa dan senang menggayakan celana denim pendek bersama baju-t atau blaus. Denim and white shirt. Untuk malam, gayanya lebih ekstra.
IMAN : Saya sering kali tampil dalam padanan denim biru gelap atau biru lembut bersama top off-shoulder. Aksesori pula kaca mata bersama sniker putih atau kasut tumit hitam. Tampak effortless chic!
Jika anda boleh memutarkan masa, apa yang ingin anda ubah?
ANNEES : I am not the kind of person who would look back in the past tetapi jika diberi peluang, saya akan lebih menghargai dan menerima diri sendiri. I would give my past self a big long hug! Saya sangat bersyukur dengan setiap kesusahan yang dihadapi ketika masa lampau mengajar saya untuk menjadi seorang individu yang kuat dan tabah.
IMAN : Perkara pertama yang saya akan buat adalah membuang segala komen negatif dan sentiasa percayakan diri sendiri.
Berikan tiga akaun Instagram yang patut diikuti?
ANNESS : Anda wajib ikut akaun @diet_prada, @cats_of_instagram dan @anneessofea (ketawa).
IMAN : @olivia palermo, @weworewhat oleh Danielle Bernstein dan Chiara Feraggni.