Terdapat hormon tertentu dalam badan kita yang seperti dibuktikan oleh para saintis, bertanggunjawab terhadap ketagihan. Makan terlalu banyak juga adalah satu jenis ketagihan kerana sesetengah orang tidak boleh mengawal apa yang dimakan dan berapa banyak makanan yang diambil.
Ini bukan sahaja menyebabkan obesiti tetapi juga gangguan mental antaranya depresi. EH! kongsikan lima cara mudah ini untuk anda kawal nafsu makan dan juga turunkan berat badan dengan pantas.
Gantikan Makanan Diproses Dan Pemanis Dengan Alternatif Yang Berkhasiat
Kebanyakan kajian yang dilakukan mengatakan bahawa produk yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, pemanis buatan dan lemak akan menyebabkan ketagihan dengan mencetuskan tindak balas kimia dalam badan. Makanan yang diproses kebanyakannya mengandungi semua yang disebutkan di atas. Sebab itu penting untuk anda menggantikannya dnegan produk yang lebih sihat. Untuk memudahkan, buat senarai sebelum pergi membeli-belah agar anda tidak membeli makanan yang tidak berada di dalam senarai.
Kawal Pengambilan Makanan
Sekiranya masih tidak boleh menyisihkan makanan yang tidak sihat dari menu anda, cuba untuk kurangkan ketagihan anda dengan hanya makan dalam jumlah tertentu. Sebagai contoh, jika anda ingin makan kerepek, beli pek kecil, sekali seminggu. Juga, ketahui bahagian produk tertentu yang selamat untuk dimakan dan makan hanya satu bahagian. Jika masih lapar, tunggu kira-kira 30 minit sebelum makan bahagian yang lainnya. Pada masa ini keinginan anda untuk makan mungkin akan berlalu.
Elakkan Kafein
Tidur yang mencukupi adalah sangat penting untuk kekal sihat dan menangani stres setiap hari, dan kafein yang bertindak sebagai perangsang, boleh mengganggu rehat yang tubuh anda perlukan. Jadi dengan mengurangkan pengambilan kafein dapat membantu anda mendapatkan tidur yang mencukupi serta membantu mengurangkan berat badan.
Masak Di Rumah
Makan di rumah sebenarnya lebih sihat kerana ia memberikan anda lebih banyak kawalan. Apabila anda tahu dengan tepat berapa banyak garam, gula atau lemak yang digunakan dalam hidangan, atau menukar bahan yang digunakan, anda akan punya idea lebih baik tentang bagaimana untuk mencapai matlamat pemakanan dan kalori.
Jaga Tubuh Badan
Kajian menunjukkan bahawa urutan boleh menjadi sebahagian daripada program untuk menurunkan berat badan. Sebagai contoh, urutan Sweden sangat baik untuk peredaran darah dan otot, ia memberikan kesan kepada masalah dalam tubuh dan meningkatkan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh menggunakan krim panas untuk mengurut tubuh di kawasan masalah seperti perut, kaki dan pinggul.