Tidak pernah kita menyangka kita akan lalui fasa pandemik dan melihat wabak yang telah merebak hampir ke seluruh dunia ini terjadi dalam kehidupan kita. Apa yang dianggap normal sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berlaku tidak akan terjadi. Apa yang patut kita harapakan dan bagaimana sepatutnya kita bersiap sedia melalui fasa yang akan datang?
Anda bakal menemui jawapan pada setiap persoalan ini dari salah satu WEBINAR terbesar yang dianjurkan oleh Blu Inc Media Sdn Bhd, Comfori Sdn Bhd & REI Group secara percuma.
Tarikh: Isnin, 27 April 2020
Masa: 2:00pm hingga 4:00pm
Tempat: Aplikasi Zoom
Antara Topik Yang Bakal Diutarakan
The Great Lockdown: Is it all Doom & Gloom?
Kita berada dalam fasa pembentukan dunia baru. Apa yang dapat kita harapkan dalam jangka masa ekonomi 6, 12, 18 bulan akan datang? Apakah bayangan kondisi pekerjaan kita?
Get Future – Ready
Setiap dari kita perlu belajar semula dan menggilap bakat baru. Kemahiran masa depan diri, transformasi digital dan pelajari tips untuk tidak ketinggalan dalam peredaran dunia baru.
The Future for Businesses and Entrepreneurs
Ketahui bagaimana untuk bersedia dengan masa depan dan menjadi seorang juara.
Communicate Your Personal Brand and Intentions
Pasarkan diri anda selepas COVID-19 berakhir dan kenal pasti apa yang anda mahu. Buat ‘job-seekers’ dan bakal usahawan, belajar cara menyampaikan mesej diri anda kepada dunia dan kekalkan jati diri dan terus fokus.
Mind Over Matter
Cara untuk meningkatkan hubungan dengan rakan kerja, keluarga, rakan-rakan, ceriakan hidup dan cari keseimbangan. Sama ada anda bekerja atau menganggur, anda mestilah melatih diri anda sekarang untuk menjadi lebih bermanfaat dan produktif di masa akan datang.
KENALI BARISAN PANEL :
Dr. Daniele Gambero
“The Propenomist”
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat REI – Pengasas Propenomy Academy Seorang ekspatriat dari Itali yang kini menetap di Malaysia sejak tahun 1998. Menjadi penceramah dan penasihat strategik antarabangsa yang terkenal untuk pemaju Malaysia dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Kolumnya mengenai pandangan ekonomi dan harta tanah telah diterbitkan oleh media arus perdana di Malaysia dan dia telah menjadi tetamu di rancangan TV, radio dan podcast.
Roberto Cumaraswamy
Perunding Pemasaran, Penceramah TEDx, Jurulatih dan Penemuduga
Roberto Cumaraswamy ialah Perunding Pemasaran, Penceramah TEDx, Jurulatih dan Penemuduga berpengalaman lebih dari 22 tahun di peringkat pengurusan kanan di pelbagai industri dan syarikat. Roberto membantu pelbagai perniagaan melalui penjenamaan, pemasaran digital dan penceritaan jenama. Berkebolehan melatih topik berkaitan: Pemasaran media digital & sosial, pemasaran kandungan, pemasaran e-dagang, penjenamaan majikan dan penjenamaan peribadi, dan penceritaan jenama. Roberto telah membina dan memimpin pasukan pemasaran dari 5 hingga 25 orang di syarikat-syarikat di Malaysia dan Indonesia termasuk: Celcom, XL Axiata, LÓreal, British American Tobacco, IMU (International Medical University), Volcanic, LUX Asia Pacific, KFIT & Lazada.
Ernie Chen
Pelatih Perniagaan No.1, Strategi Transformasi Kehidupan & Perniagaan di Asia
Ernie kini merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan PORTMAN. Ernie ialah (award-winning entrepreneur) usahawan pemenang anugerah, penceramah antarabangsa dan penasihat Fortune 100 dan Fortune 500. Kejayaan dan pencapaiannya telah dipaparkan di kebanyakan stesen dan majalah media, TV dan radio arus perdana tempatan dan serantau.
Seema Viswanathan
Ketua Pengarang Blu Inc Media Sdn Bhd
Seema Viswanathan adalah Ketua Pengarang di Blu Inc Media Sdn Bhd, penerbit majalah gaya hidup terkemuka di Malaysia. Mempunyai lebih dari 25 tahun pengalaman merangka kandungan di platform cetak dan digital. Karyanya melibatkan menyampaikan mesej utama untuk pelbagai jenama dan individu untuk kelompok sasaran.
Jessie Lee
Pengasas Soleil Trinity Resource
Jessie Lee adalah jurulatih, pemangkin emosi dan pengajar profesional terkenal Face Reading dan Body Language. Jessie ialah pengasas Soleil Trinity Resource dan mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun sebagai pengajar dan perunding. Jessie mempunyai rangkaian pelanggan A-list, termasuk usahawan berprofil tinggi dan eksekutif tertinggi jenama global, selebriti, kerabat di-raja dan ahli politik baik tempatan dan antarabangsa. Menggunakan kemahirannya, Jessie juga berjaya memperluaskan langkahnya ke Singapura, Hong Kong, China, Filipina, Australia, United Kingdom, Sepanyol dan Amerika Syarikat.
Daftar sekiranya anda:
1. Bekerja di bidang profesional
2. Pemimpin perniagaan
3. Usahawan / Permulaan
4. Pemilik perniagaan baru yang berpotensi
DAFTAR SEKARANG!
Tempat duduk adalah percuma dan on a first-come, first-served basis! Klik di sini untuk mendaftar
Webinar ini akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris.