Kadang-kala kita mengimpikan kulit cantik menawan bab selebriti kesayangan. Sentiasa nampak segar dan sihat walaupun tanpa secalit solekan. Tapi, apa rahsianya?
Sudah menjadi trend, selebriti memiliki produk atau jenama mereka sendiri dengan formulasi pilihan mereka. Rata-rata, katanya ingin berkongsi rahsia kecantikan mereka kepada para peminat. EH! bariskan jenama skincare yang dimiliki oleh selebriti kesayangan anda dan kenapa anda wajib memilikinya. Setiap produk terhasil menggunakan bahan semula jadi dan selamat untuk semua jenis kulit.
Kora Organics oleh Miranda Kerr
Supermodel terkenal ini sangat obses dengan bahan organik. Jenama Kora Organics ini bahan utamanya adalah berlandaskan organik dan ianya sesuai digunakan untuk asas rutin penjagaan kulit wajah.
Honest Beauty oleh Jessica Alba
Bermula pada tahun 2011 di bawah The Honest Company terkenal dengan non-toxic barangan rumah dan produk bayi. Kini ia berkembang kepada Honest Beauty yang membariskan produk khas untuk semua jenis kulit.
Goop by Juicy Beauty oleh Gwyneth Paltrow
Aktres terkenal ini cukup aktif dalam rutin penjagaan kulit wajah dan sering kali tampil dengan wajah polos. Dia tampilkan produk kecantikan melalui Goop by Juicy Beauty yang bertindak sebagai esensi penjagaan kulit wajah yang membantu wajah tampak lebih natural.
Kylie Skin oleh Kylie Jenner
Cukup terkenal dengan Kylie Cosmetics kini dia menampilkan barisan Kylie Skin lebih memfokuskan kepada set penjagaan kulit wajah. Setiap bahan yang digunakan adalah selamat untuk semua jenis kulit.
Florence by Mills oleh Millie Bobby Brown
Sesuai dengan umurnya yang masih muda, Florence by Mills mensasarkan kulit wajah remaja yang sepatutnya peka akan penjagaan kulit. Menurutnya, kulit wajah seharusnya dibelai pada usia muda, kelak pada peringkat umur matang tidak akan berlaku komplikasi pada kulit wajah.
Fenty Skin oleh Rihanna
Rihanna menggabungkan bahan terbaik dunia yang khas digunakan dalan dunia kecantikan seperti hyaluronic acid dan niacinamide. Malah, turut menampilkan formula clean, vegan dan gluten free.
Artikel berkaitan Pharell Williams Lancar Produk Penjagaan Kulit Vegan dan Uniseks