Mariah Carey bersama dua ‘penyanyi latarnya’ iaitu Ariana Grande dan Jennifer Hudson tampil dalam solekan gliterry tapi tidak berlebih-lebih, sesuai dengan mood Krismas.
Mariah Carey seakan mahu meneruskan legasinya sebagai Queen of Christmas bila mana dia melancarkan semula single hari Natalnya yang lalu dalam versi adunan semula bergandingan denganAriana Grande dan Jennifer Hudson. Strateginya dianggap berjaya pabila kolaborasi ini mencetus fenomena hinggakan meraih tempat keduai di carta iTunes seluruh dunia (nombor satu lagu Mariah Carey juga, All I Want for Christmas is You).
Video Muzik yang dilancarkan Jumaat lalu sehingga kini sudah ditonton lebih 10 juta tontonan dan dikira tinggi untuk sebuah lagu Krismas, dan dijangka akan terus bertambah menjelang tanggal 25 Disember. Di sebalik respon positif yang diterima, saya tertarik untuk melihat solekan ketiga-tiga penyanyi berpengaruh ini. Saya kupaskan secara ringkas look kolaborasi konik ini. They saved 2020!
MARIAH CAREY
Mariah yang disolekkan oleh jurusolek kegemarannya Kristofer Buckle yang mula meriasnya sejak era 90-an. Untuk penampilannya dalam video muzik ini Kristofer mencipta gaya solekan mata crease dalam ton hitam. Saya rasa untuk gaya solekan kali ini Kristofer menggunakan bulu mata palsu yang lebih lebat membuatkan penampilan mata Mariah Carey nampak seakan dirias dalam gaya smokey eyes pabila dia membuka mata. Menyeimbangkan solekan mata yang agak berat, Kristofer menggandingkannya dengan calitan gincu nude. Dan semestinya solekan ini disempurnakan dengan teknik kontur yang ‘over’ untuk efek runcing pada wajah ibu kepada dua sepasang kembar ini.
JENNIFER HUDSON
Solekan asas Jennifer Hudson tampil dalam gaya pusam, yang membuatkan wajah Jennifer nampak sekata, tidak terlalu banyak kontur hanya sedikit bronzer pada tulang pipi. Sama seperti Mariah, Jennifer juga tampil dalam solekan mata crease tapi sedikit berbeza pabila ia dilengkapkan dengan penggaris mata berekor. Tapi Jika diamati betul-betul apa yang istimewanya gaya cat-eye Jennifer dalam video muzik ini Ialah ada efek kemilau. Pabila Jennifer mengerdipkan mata, efek glitter itu akan lebih menonjol. Untuk bibir pula, Jennifer dicalitkan dengan gincu merah plum dalam tekstur pusam tapi tidak nampak kering.
Ketahui Tip Rambut Cepat Panjang Ariana Grande
ARIANA GRANDE
Seiring usia, saya kira penampilan Ariana sangat ringkas namun masih menyerlah. Ariana masih mengekalkan imej dari album terbarunya di dalam video muzik Oh Santa! Dia masih tampil dengan gaya cat-eye. Tapi apa yang membezakannya ialah dia menggunakan penggaris mata hijau dengan efek glitter. Makin close-up kilauan itu lebih jelas. Paling saya suka pada solekan Ariana ini ialah gincunya. Dia mencalit bibirnya dengan gincu ton coklat dengan garisan pensel bibir yang jelas. Tambah cantik dengan calitan glos bibir yang sedikit over. Ini mungkin trend solekan yang patut anda cuba ketika ini.