Zamaera Cipta Sejarah Di Pentas Istana Budaya.
Masih saya ingat lagi kala diperkenalkan dengan gadis lincah berbakat besar ini. Kini dia mula berjinak-jinak menceburi bidang lakonan pula. Terkini, Zamaera terpilih dan direkomen oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk mewakili Malaysia pastinya penghargaan yang sangat besar buatnya sebagai seorang anak seni.
Zamaera beraksi di pentas antarabangsa ASEAN-Korean Music Festival (AKMF) Round 2020 yang dibawakan khas oleh stesen penyiaran nombor satu Korea iaitu Korean Broadcasting System (KBS), dan lebih istimewa lagi, ia telah disiarkan secara langsung dan atas talian ke seluruh dunia pada 6 Disember 2020 ini melibatkan negara-negara besar gabungan ASEAN seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Tambahnya lagi, “Kami telah merangka segala perancangan, koreografi yang dicipta oleh pereka tari, Ezra Tham, dengan latihan persembahan hanya dalam masa seminggu sahaja, walaupun penat dengan kekangan masa, saya masih seronok melakukannya.
Rakaman acara ini telah dilakukan terlebih dahulu di Istana Budaya dan menjadi sejarah bahawa Zamaera merupakan artis hip-hop wanita pertama melakukan persembahan di atas pentas penuh berprestij itu sejak ia mula beroperasi pada tahun 1999.
“Saya ingin kongsi berita gembira ini kerana saya dan team sangat bangga kerana sejarah telah tercipta dan bukan calang-calang artis yang berpeluang mendapat penghormatan sebegitu,” Zamaera
Penyanyi hip-hop tempatan akan menyajikan lagu baharu yang masih belum dilancarkan lagi dengan menampilkan artis baharu yang sedang meningkat naik.
Kongsinya, “Banyak dugaan dan halangan yang terpaksa ditempuhi, namun saya tidak pernah mengalah. Kita sering berdepan dengan masalah ekspetasi yang tinggi, sepulangnya dari Chicago setelah merakamkan EP, saya rasakan etika bekerja di Malaysia sangat berbeza dan kita cepat berasa selesa.”
Namun begitu, Zamaera percaya dengan kerja keras dan usaha yang jitu, dia yakin pada satu hari dia mampu pergi jauh kerana setiap kejayaan perlu melalui kesusahan.
Dia juga berharap penonton seluruh dunia bakal terhibur dengan persembahan saya, termasuk rakan-rakan artis daripada negara ASEAN yang lain.
Saksikan persembahan secara atas talian di Saluran Rasmi YouTube ASEAN-Korean Music Festival Round 2020 di sini.
Artikel berkaitan: Senarai Konsert Livestream & Maya untuk Anda Tonton Sepanjang Krisis Koronavirus