Jenama alat Solek tersohor NARS bermain dengan ton emas dalam himpunan edişi terhadnya, bingkisan istimewa menutup tahun 2020.
Bila bercakap tentang Nars satu yang saya suka ialah pemilihan nama pada produknya selain bungkusannya yang sentiasa tampak sleek dan eksklusif. Orgasm, Dolce Vita hinggalah idea mereta menggunakan nama tempat sebagai nama produk atau warna mereka (termasuklah Kuala Lumpur) sering membuatkan nama produknya kedengaran catchy selain memang kerana kualiti produknya. Saya pernah menemubual Mr Francois Nars, dan menurutnya nama-nama produknya punya cerita tersendiri. Pembayang mata ‘Surabaya’ misalnya merujuk kepada warna pembayang mata itu yang berinspirasikan tembakau di dalam rokok keretek.
Penghujung tahun ini, Nars mahu mengajak anda terus tampil bold menerusi warna-warnanya, yang lebih istimewa sebahagian produk pilihan mereka tampil dalam balutan edisi terhad dan tampaknya mereka mahu peminat setia Nars bercanda dengan bungkusan dalam ton emas. EH! memilih lima item paling kami suka dari himpunan musim percutian ini.
Bronzer Nars dalam kod Laguna ini memang antara bronzer terkenal. Tanyakanlah pada mana-mana jurusolek selebriti, bronzer Laguna ini antara yang wajib ada dalam beg mekap mereka. Antara yang menyukai bronzer ini ialah Emmy Agung. Ia elok dijadikan sebagai kontur dalam membentuk wajah. Layangkan apda bawa tulang pipi, rahan dan tepi hidung untuk ilusi hidung lebih mancung.
Nars hadirkan set gincu dalam empat warna untuk anda miliki. Yang ini Free Your Mind Mini Lipstick, ada empat warna yang boleh anda calitkan mengikut mood. Pilihan empat warna ini dari nude dalam ton coklat, merah samar hinggalah dua warna terang superit mera dan mera jambu pekat. RM108.50
Semestinya saya sukakan set berus mini ini, Ada empat semuanya. Solekan pastinya lebih mudah (dan cantik juga) dengan berus yang betul dan bagus. Inilah rahsia mengapa solekan jurusolek profesional nampak menjadi, sebab mereka bukan sahaja gunakan produk yang berkualiti, berusnya juga bagus.
Ketahui 3 Sebab Mengapa Anda Patut Miliki Maskara NARS Climax
Tidak lengkap solekan mata tanka maskara. Sejujurnya saya memang suka kedua-dua maskara ini. Climax (kelongsong merah) dan Climax Extreme (hitam) memang bagud untuk bulu mata yang melektik dan tampak sebat. Warnanya juga benar-benar hitam. Sapuan yang melentikkan dalam hanya satu lapisan sahaja.
Untuk yang tampil sofistikated saya pilihkan dua gincu yang atang dalam edişi istimewa ini. Audicious lipstick memang antara gincu premium dalam himpunan Nars. Saya sukakan warna ‘Rita’ dan ‘Mona’ sepeti dalam gambar di atas. warnanya mewah dan penuh sensual. Love it!