Model terkenal Hailey Bieber berkongsi di media sosial yang dia menghadapi masalah ruam di wajah, dan dia mengakui sudah beberapa tahun berhadapan dengan isu itu.
Hailey Bieber berkongsi masalah kulitnya di Instagram story baru-baru ini. Dalam perkongsiannya itu Hailey mendedahkan dia mengalami masalah kulit yang dinamakan sebagai periorial dermatitis. Masalah ini berkaitan dengan keadaan kulitnya yang sering ditumbuhi ruam yang muncul di sekitar bahagian mulutnya. Ruam ini juga adakalanya tumbuh merah-merah di sekitar mata, hidung, dahi dan khabarnya ada juga orang berhadapan dengan masalah kulit ini mengalami tumbuhnya ruam di alat sulit.
Dalam perkongsiannya di media sosial itu, isteri kepada penyanyi terkenal Justin Bieber ini bercerita jujur tentang kondisi kulitnya itu. Tulisnya, “saya mengalami masalah perorial dermatitis yang sudah saya hadapi dalam beberapa tahun. Ruam ini akan tumbuh atas beberapa sebab dan biasanya akan tumbuh di pipi, bahagian sekitar mulut dan kadang-kadang di sekitar bahagian mata.”
Tambah Hailey lagi, adakalanya masalah ruamnya itu akan berlaku apabila dia mencuba produk baru, perubahan cuaca, pemakaian topeng pelitup muka dan kadang-kadang berpunca dari produk pelindung cahaya matahari (SPF).
Artikel Berkaitan: Hailey & Justin Sah Bersatu
Dia turut menulis dalam Instagram story, masalah kulitnya itu juga berpunca daripada pengguna bahan pencuci baju yang salah. Tulisnya “Have to use hypoallergenic/organic laundry detergent always.”