Kalau hendak kulit segar dan berseri. Tambah krim tabir suria dalam ritual penjagaan kulit atau jadikan sebagai base sebelum bersolek.
Kita sering mengeluh, kulit muka mula ‘jatuh’, kusam malah muncul tanda awal penuaan! Stress bukan? Kebanyakkan punca utama masalah ini berlaku adalah disebabkan kulit tidak dilindungi dengan betul dan ia terus terdedah dengan pencemaran dan sinar UV berbahaya.
Jika dulu saya sendiri, malas hendak menggoles wajah sendiri dengan krim tabir suria ini! Tetapi sejak dua menjak kulit makin dalam kondusi yang sangat teruk. Barulah, saya lindungi kulit sebelum memulakan solekan.
EH! Bariskan Krim Tabir Suria terbaik untuk anda jadikan sebagai base sebelum solekan harian :
Dermalogica Invisible Physical Defense SPF 30
Teksturnya ringan dan cepat serap pada permukaan kulit adalah hasil daripada kesan Non-Nano Zinc Oxide. Bertindak mengurangkan kemerahan pada kulit muka dan kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
IT Cosmetics Your Skin But Better CC+ Cream SPF 50
Sambil lindung kulit sambil jimat masa! Kombinasi krim tabir suria dan serum anti-penuaan ini. Jika anda ingin skip bedak asas dan hanya oles krim ini sudah memandai.
La Roche- Posay Anthelios 50 Ultra Light
Dengan pelindungan penuh SPF 50 yang membantu kulit lebih lembap dan segar serta punya kandungan niacinamide melegakan kerengsaan kulit. Sesuai untuk kulit yang sensitif.
Supergoop Glowscreen SPF 40
Secara teknikalnya, ia bertindak sebagai primer mekap tetapi punya kandungan SPF 40. Melindungi kulit daripada terdedah dengan radikal bebas. Kulit akan tampak bersinar dan natural.
Diorsnow Ultimate UV Shield Skin Breathable Brightening Emulsion SPF 50
Teksur berkrim mewah dengan pelindungan efektif seperti anti-penuaan, melembapkan kulit dan memberi kesan bersinar. Sesuai digunakan sepanjang hari sebelum memulakan solekan.
Artikel berkaitan Capai Kejernihan Kulit Maksimum