Tidak ramai selebriti wanita yang berani tampil berambut pendek, tapi tujuh yang kami senaraikan ini memang serasi.
Misha Omar
Sejak di awal kemunculannya Misha sudah begitu serasi dengan gaya rambut pendek. Dari saat kegemilangannya di pentas Anugerah Juara Lagu menerusi debut Bunga-Bunga Cinta hinggalah Sampai Bila ternyata Misha sangat sesuai dengan rambut pendek. Pernah juga Misha berambut panjang (era ‘Pulangkan’), namun ternyata rambut pendek paling sajak dan membuat wajahnya tampak segar dan muda.
Jaclyn Victor
Sewaktu awal kemunculannya, juara Malaysia Idol musim pertama ini tampil dengan gaya rambut hitam panjang berkilat, namun dia mula memotong pendek sedikit (paras bahu) pabila muncul dengan album ketiga dia memotong rambut pendek. Pada firasat saya ketika itu Jac berkiblatkan gaya rambut Rihanna. Ketika itu Rihanna banyak bereksperimen dengan rambut pendek (dari bob ke pixie cut) iaitu di era kegemilangannya menerusi lagu Umbrella.
Nana Mahazan
Nana yang mula dicungkil bakatnya menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia memang nampak cheeky dengan gaya rambut pendek. Selain selesa berambut pendek dia juga salah seorang selebriti kita yang rajin bertukar warna rambut. Terkini, dia tampil dalam ton coklat terang dan jambul depannya dipotong rata. Saya fikir rambut pendek antara faktor yang membuatkan penampilannya tampak seperti tidak dimakan usia.
Nad Zainal
Walaupun rambutnya sudah disimpan panjang, saya secara peribadinya sangat suka melihat Nad Zainal berambut pendek. Saya masih ingat lagi kali pertama melihat gambarnya berambut pendke di Instagram, dia nampak sangat segar. Malah sewaktu kami melakukan penggambarannya untuk Jurnal Cantik EH!, rambutnya masih dipotong pendek. We love it!
Klik: Kim Kardashian Ratu Tocang 2020
Nia Atasha
Model, hos juga pelakon ini memotong rambut pendek tahun ini, dan nyata membuat penampilannya segar. Pada awalnya Nia memotong gaya mullet namun dia memotong ‘ekor’ rambutnya membuatkan rambutnya pendek dalam gaya biasa, namun masih kekal dalam boyish look.
Fauziah Latiff
Legenda pop ini antara yang senang dengan gaya rambut pendek, walaupun di era kegemilangannya di senang dengan gaya rambut kembang berombak namun pada pemerhatian saya pelantun Teratai Layu Di Tasik Madu ini cukup sesi berambut pendek. Tapi yang pasti, sama ada rambutnya pendek atau panjang, Gee setia dengan gaya bangs di depan.
Alicia Amin
Model yang sudah mula aktif dalam dunia lakonan sejak beberapa tahun kebelakangan ini mmg cukup adventurous dengan gaya rambutnya. Ada masanya dia tampil berkepala ‘gondol’ pabila memotong pendek rambutnya dengan mesin dan membiarkannya tumbuh begitu sahaja. Alicia sejak beberapa tahun ini memang selesa dengan gaya begitu dan secara peribadinya saya rasa gayanya itu memang serasi dengan personalitinya yang loud.