Perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba. Berdasarkan zodiak Cina, iaitu kitaran 12 tahun yang terdiri daripada dua belas ekor haiwan yang melambangkan dua belas jenis personaliti berbeza. Secara tradisi, zodiak ini sentiasa bermula dengan haiwan tikus disusuli dengan haiwan-haiwan lain. Dan pada tahun ini, kalendar Lunar meraikan haiwan lembu.
Bersama untuk meraikan perayaan utama itu, MONKI akan melancarkan himpunan yang beteraskan warna-warna yang ada kaitannya dengan ketradisionalan perayaan Tahun Baru Cina. Juga tampilan corak kulit lembu yang cukup menonjolkan sekali. Sesuatu yang ‘bold’ dan ‘fun’ untuk fesyen musim bunga.
Dedikasi anak muda, keseluruhan koleksi mengamati siluet kesukanan, yang mana menjamin keselesaan si pemakai serta trik mudah untuk digayakan dengan apa jua aksesori pilihan. Menjunjung trend warna pastel yang semakin digemari anak muda, rekaan kardigan yang dipadankan dengan denim mencadangkan penampilan ‘smart casual’. Untuk nada gaya yang lebih feminin pula, dres kembang dan skirt mini, sesuai sekali dikoordinasikan dengan helaian seperti blazer dan seluar yang bersiluet slim. Paduan gaya ini semestinya meningkatkan stail pabila mengambil gambar untuk OOTD.
Meraikan kepositifan sebagai tema gaya, koleksi kapsul ini menghadirkan rekaan-rekaan yang mencemerlangkan warna lain sebagai fokus utama. Biru cair, beige dan corak kulit lembu. Sambutan tahun baru ternyata lebih mengujakan dengan penampilan yang lebih ‘stylish’ dan praktikal berpandukan koleksi MONKI untuk Tahun Baru Cina.
Artikel berkaitan: Stylish Girls On Instagram Last Week