Pandemik yang melanda dunia telah mengakibatkan kolaborasi Simone Rocha x H&M tertangguh. Namun, dalam norma baharu ini, H&M bersepakat untuk mempersembahkan kolaborasi tahunannya pada 11 Mac 2021. And we can’t wait to see the full collection.
Kolaborasi yang diberi nama “Simone Rocha x H&M”, menawarkan koleksi perempuan dan buat pertama kalinya, koleksi Lelaki dan kanak turut dimuatkan. Ternyata, ia merupakan koleksi yang dihadirkan buat seisi keluarga. Dalam kempen dan ‘teaser’ yang dikongsikan H&M, menampilkan wajah-wajah masa kini yang bertindak sebagai penghias kempen. Individu-individu dari latar belakang yang berbeza, disatukan dalam kempen ini, yang mana berkongsi rasa tentang pereka fesyen, Simone Rocha. Daisy Edgar (pelakon), Adwoa Aboah (model & aktivis), Kesewa Aboah (pelukis), Tess McMillan (model) dan Robbie Spencer (penata gaya).
Rekaan yang terkandung bernada pakaian majlis yang direka dalam pelbagai rupa, potongan dan fungsi. Helaian luar yang cukup praktikal, seperti jaket, kot trench, jaket knit, serta aksesori rantai, cincin, gelang dan sepatu ditambah mutiara sebagai butiran tambahan. Mutiara adalah butiran yang cukup akrab dengan jenama asal London ini.
Simone Rocha x H&M menegapkan siluet yang beragam serta tampilan percincian yang diharapkan dapat memikat kehendak pasaran sekarang. Yang mana, pelbagai identiti dan cita rasa yang berbeza di kalangan peminat fesyen sekarang. Khusus untuk koleksi ini, Simone Rocha menyelongkar arkib Simone Rocha untuk mencari inspirasi serta idea segar untuk digabungkan bersama elemen baharu. Ia juga tidak meminggirkan aspek-aspek yang ada kaftan dengan dunia Victorian yang cukup berpengaruh dalam sejarah Britain.
Motif tartan, floral dan organik, palet merah jambu dijadikan fokus utama untuk mereka himpunan pakaian sedia pakai ini. Sudah tentu, DNA Simone tergabung bersama-menghiasi perincian pada setiap aspek baju, longan baju dan hujung skirt labuh. Rekaan lelaki belum dirungkaikan lagi. Menimbulkan rasa teruja untuk melihat hasil kerja Simone Rocha dalam mereka pakaian lelaki pula. Himpunan Simone Rocha x H&M bakal berada di pasaran pada 11 Mac 2021.
Artikel berkaitan: “The Year of The Ox”, Rayakan Bersama MONKI