Bertudung itu bukanlah untuk anda bergaya terlebih-lebih. Cadangan apabila mengenakan pelitup kepala, biarlah ia sopan. Mencuri tumpuan dengan gaya yang menjolok mata tatkala bertutup rambut mungkin lari dari lumrah aturan. Tetapi hijabista ini cukup sopan dalam hal bergaya. Sensasinya stail mereka menarik mata EH! Mungkin boleh jadi sumber rujukan fail gaya hijabista!
Jaja Anuar memilih gaya yang lebih klasik dengan berteraskan timeless chic. Dia lebih gemar menyarungkan ceraian yang essentail seperti kemeja putih yang tidak lapuk ditelan zaman. Tip gaya Jaja adalah gandingkan ceraian klasik itu bersama helaian trendy. Tiga definisi wanita hijabi moden baginya adalah strong, empowerment dan bergaya.
Faul gaya seterusnya adalah ilham daripada Arinna Erin, peragawati Malaysia yang pernah membintangi kempen Nike. Dia berkongsi yang untuk menjadi stylish, tidak perlulah beli semuanya yang ada di rak fesyen kedai tetapi perlu bijak bermain dengan apa yang sudah anda miliki. Tiga karakter yang melambangkan wanita berhijab yang moden bagi Arinna adalah modest dalam tutur bicara, cara berpakaian, tingkah laku dan gaya hidup.
Pendatang baru dalam dunia hosting, Hawa Rizwana antara yang manis dipandang. Walaupun begitu, gadis asal Selangor ini cukup aktif dalam aktiviti berbasikal. Dalam hal bergaya, Hawa lebih selesa dengan stail sofistikated juga classy. Rona yang pop tetapi tidak terlalu menjerit jadi pilihan peribadi. Tiga kata yang menggambarkan wanita moden berhijab baginya adalah elegan, berani dan fearless!
Jika melihat instagram milik Alia Bahari, ianya cukup estetik sekali. Kita dapat rasakan yang dia memang menyusun serta memilih rona muted yang senada. Ini kerana Alia sendiri secara peribadi gemarkan rona kusam yang minimal. Ceraian hariannya lebih kearah rona semulajadi serta diserikan dengan aksesori ringkas. Three words yang memberi simbol utama pada wanita moden berhijab adalah smart, stylish dan sofistikated!
Pautan Berkenaan: Tip Pemilihan Fesyen Sukan Yang Betul