EH! menerjah Janna Nick dengan 50 soalan pantas termasuk hal tentang Dini Schatzmann, berikut 50 jawapan spontan bintang utama Marry Me Senorita ini.
Teks: Khairul Abidin, Arahan Seni/Penata Gaya: Khairul Abidin & Johan Kassim, Pembantu Penggambaran Razin Abu Bakar, Foto Edmund Lee (One Three Four Studio), Pakaian Ferragamo, Aksesori Versace, Solekan KF Bong, Dandanan Juno Ko
Tiga perkataan menggambarkan personaliti diri Janna Nick
Dominan, berterus terang dan oservant.
Apakah bad habit Janna?
Overthinking.
Barang terbaru yang dibeli?
Baju.
Lebih suka text atau call?
Kedua-duanya tak suka.
Jika boleh menjadi orang lain dalam masa sehari, siapa orangnya?
Neelofa. Ketika ini saya lihat kehidupannya sempurna.
Jika boleh ke mana-mana ketika ini, ke mana Janna akan pergi?
Mekah. Saya sempat ke Mekah Januari 2020 sebelum MCO.
Apakah perkara pertama yang dilakukan sebaik bangun dari tidur?
Periksa dan baca mesej di telefon.
Apakah perkara terakhir yang dilakukan sebelum tidur?
Minum air.
Jika punya anak lelaki, apakah namanya?
Haha, belum fikir tapi rasanya ada Muhammad.
Jika anak perempuan pula?
Tyca, Dini suka nama itu.
Apakah lagu all time favourite Janna?
Apa-apa saja lagu nyanyian Jorja Smith.
All time favourite movie?
Saya jarang tengok filem berulang-ulang tapi saya suka filem-filem Johnny Depp. Filemnya yang paling saya suka Willy Wonka & the Chocolate Factory.
Apakah filem terakhir yang sempat Janna tonton di panggung wayang?
Filem saya sendiri, Pasal Kau.
Apakah lagu Datuk Sri Siti Nurhaliza yang paling Janna suka?
Biarlah Rahsia
Buku terakhir yang sempat Janna baca sehingga habis?
Fifty Shades of Grey (ketawa).
Apakah benda paling menarik yang ada di dalam dompet Janna?
Gambar Dini.
Apakah favourite sitkom Janna?
Tiada.
Apabila bertemu dengan orang baru dikenali, apa yang Janna perhatikan?
Vibes mereka.
Jika boleh ubah apa-apa bahagian tubuh, apa yang Janna mahu ubah?
Mahu lebih tinggi (ketawa).
Jika boleh akses mesin masa, waktu mana yang mahu diputar kembali?
Saya tak mahu berpatah balik.
Apakah perkara yang mudah buat Janna tersenyum?
Duit.
Apa pula yang mudah membuatkan Janna marah?
Perangai orang.
Cara paling mudah untuk impress Janna?
Memahami saya.
Mana lebih penting, sijil atau pengalaman?
Kedua-duanya penting tapi saya rasa pengalaman.
Apa pendapat tentang dunia politik Malaysia?
Tiada komen tapi saya harap negara kita semakin maju.
Artikel Berkaitan: Janna Nick, Berbicara Tentang Evolusi Diri… and What’s Next?
Apa yang biasa Janna makan untuk sarapan?
Saya jarang bersarapan.
Hari apa yang paling Janna suka dalam seminggu?
Rabu, saya rasa hari itu stress free.
Jika boleh fasih bahasa asing, bahasa apa jadi pilihan?
Bahasa Korea.
Dalam skala 1-10, sebaik mana Janna boleh menyimpan rahsia?
Sepuluh!
Siapakah celebrity crush pertama Janna?
Erra Fazira.
Perisa aiskrim kesukaan Janna?
Saya tak suka makan aiskrim.
Disney princess kesukaan Janna?
Rapunzel.
Apakah perkara paling menarik dalam berlumba kereta?
Bila menang.
Apakah perkara paling membosankan?
Saya jarang berasa bosan.
Dua Lipa atau Ariana Grande?
Jika personaliti, Dua Lipa, dari segi suara tentunya Ariana Grande.
Ketupat atau lemang?
Lemang.
Kuih raya paling digemari?
Cornflakes madu.
Kuih raya yang Janna pandai buat?
Cornflakes madu.
Soto atau laksa?
Semestinya soto.
Jika hanya boleh makan satu menu sahaja seumur hidup, apakah menunya?
Sambal udang, tapi kena ada nasi.
Apakah perkara paling nakal pernah dilakukan di sekolah?
Macam-macam, datang lambat, ponteng dan bergaduh.
Mana lebih penting, usaha atau bakat?
Usaha!
Apakah tiga perkara yang perlu ada untuk seseorang itu gembira?
Bersyukur.
Kali terakhir Janna menangis?
Semalam, sebab kalah lumba kereta.
Sejak bila mengenali Dini?
Tahun 2018 di set Bukan Cintaku
Panggilan manja untuk Dini?
Baby.
Tiga perkataan menggambarkan personaliti Dini
Annoying, pembersih dan positif.
Janna atau Dini, siapa lebih romantik?
Dini.
Perkara paling ‘cute’ Dini pernah lakukan untuk Janna?
Tulis buku tentang diri saya.
Sasaran tahun berumahtangga?
Tiga tahun lagi.