Baru dua bulan lalu Ayda Jebat menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya berbadan dua.
Berita tersebut tersebar setelah Ayda memuat naik satu ciapan di Twitter pada 6 Februari meluahkan rasa bersyukur sehingga peminat membuat andaian bahawa dia dan suami, Nabil Mahir sedang menanti kehadiran anak pertama.
Namun berita ini disangkal sendiri oleh Nabil yang enggan mengulas lanjut dan hanya memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan mereka.
Dan semalam, mereka mengesahkan berita gembira itu di majlis Iftar Bersama Ayda Jebat & Nabil Mahir yang berlangsung di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur.