Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental di Amerika Syarikat, semakin ramai selebriti menggunakan platform mereka untuk menghentikan stigma berkaitan isu ini – termasuk Lily Collins.
Beberapa selebriti dilihat berkongsi mengenai penyakit mental yang dihadapi, dan Collins merupakan yang terbaharu menyertai usaha ini dengan mendedahkan pengalamannya menghidap gangguan makan.
Menerusi satu hantaran Instagram, pelakon Inheritance ini meluahkan perasaannya mengenai tubuh sendiri dan menggalakkan pengikutnya untuk sentiasa bersikap baik memandangkan kita tidak mampu menilai tahap kesihatan seseorang dengan hanya melihat pada luaran.