Nama Angelina Jolie dan bekas suaminya, Jonny Lee Miller kembali dikaitkan selepas dilihat meluangkan masa bersama baru-baru ini.
Jolie dan pelakon British itu bertemu di set penggambaran filem Hackers pada 1995 dan berkahwin setahun kemudian. Perkahwinan mereka menjadi sebutan ketika itu kerana bintang Those Who Wish Me Dead ini menurunkan tanda tangan di sijil perkahwinan menggunakan darahnya sendiri. Malangnya mereka bercerai selepas tiga tahun.
Walaupun lebih sedekad tidak bergelar suami isteri, pasangan ini jelas masih rapat selepas dirakam berjumpa di apartmen milik pelakon Dark Shadows itu di kota New York hujung minggu lalu.