Elfira Loy berkongsi kisah duka pemergian neneknya akibat dijangkiti Covid-19.
Pelakon Elfira Loy berkongsi kesedihan akan pemergian neneknya yang meninggal dunia akibat Covid-19 pagi ini. Khabar duka itu dikongsikan oleh Elfira sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Tulis Elfira dalam hantarannya itu “ Alhamdulillah dah selesai semua proses pengebumian nenek atok saya pada hari Jumaat yang mulia ini.” Elfira turut menulis isi hatinya dalam hantaran itu dan meminta pengikut Instagramnya membacakan Al-Fatihah buat neneknya, Siti Rokiyah binti Saad.
“Atok
fira sayang atok.
fira takkan lupa doa untuk atok hari hari
fira mintak kat Allah supaya atok tenang je dekat sana ok
fira mintak Allah hiasi kubur atok seperti taman di syurga
fira mintak atok tak rasa keseorangan
atok tak suka sorang sorangkan.
fira ada kat sini
solat untuk atok
doa untuk atok
sedekah untuk atok.
Alfatihah atok , Siti Rokiyah binti Saad”
Menerusi satu lagi hantaran terbarunya Elfira turut berkongsi bahawa neneknya mungkin dijangkit Covid-19 di hospital selepas menjalani pembedahan kaki.
Tulisnya dalam muat naik tersebut, “Sebenarnya berat nak cerita , belum cukup nafas nak tahan air mata ni . Tapi untuk elakkan cerita bercelaru. El ceritakan.”
“Atuk El warded dekat Hospital sebab operation Kaki , Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor. Selepas beberapa hari , it was her turn to take the vaccine. Alhamdulillah semuanya ok.
Atuk tak mengalami sebarang simptom teruk. Tapi selepas 5 hari tak silap El , atuk disahkan positive . Disebabkan ada outbreak dalam ward. Ada berbelas orang disahkan positive. It happened, in the hospital. Puncanya dari siapa masih tak tahu.”
Biarpun terkilan dengan apa yang terjadi, Elfira percaya semua ini ketentuan Allah dan dia sekeluarga menerima perkhabaran ini dengan penuh redha. Tulisnya menutup pada hantaran itu, “Allah yang menentukan,kami hanya Redha dengan ketentuan ini.”
Salah takziah buat Elfira sekeluarga, semoga roh Nenek tersayang dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Artikel Berkaitan: Kenali Faris Anuar, Cinta Hati Sebenar Elfira Loy