Selepas tujuh hari usia anak ketiganya, Datin Lisa Surihani hari ini berkongsi nama anak ketiganya menerusi satu hantaran di Instagram.
Lisa Surihani dan suaminya, Yusry Abd Halim sepakat memilih nama Yunos Laith bin Yusry sebagai nama untuk anak ketiganya itu. Di dalam hantaran di Instagram itu Lisa Surihani turut berkongsi maksud nama yang dipilih. Yunos merujuk kepada nama salah seorang nabi manakala Laith pula membawa maksud berani seperti singa.
“Assalamualaikum! Hi everyone. We would like to introduce our brother, he is 7 days old today. His name is Yunos Laith Bin Yusry. ‘Yunos’ is the name of one of our prophets and ‘Laith’ means brave as a lion. Rawr! We love him very much. He was born on the 15th of June, which is also Daddy’s birthday. Alhamdulillah , Thank you everyone for praying and for the well wishes. Love, The YLs,” tulis Lisa di ruangan kapsyen untuk gambar yang memaparkan ketiga-tiga anaknya itu.
Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu pada 15 Jun 2021 pada jam 2.30 pagi. Lebih istimewa tarikh kelahiran Yunos Laith juga sama dengan tarikh ulang tahun kelahiran Yusry, yang mana anggota kumpulan adik-beradik KRU itu meraikan ulang tahunnya ke-48 tahun ini.
Lisa Surihani dan Yusry mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012 dan mereka sudah dikurniakan dua Cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, enam tahun dan Yusof Leonne, empat tahun. Sekalung tahniah buat Lisa dan Yusry atas kelahiran ketiga ini dari kami di EH!
Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Sambut Kelahiran Anak Ketiga Di Hari Ulang Tahun Yusry Ke-48