Drama adaptasi novel ‘Suara Hati’ menampilkan gandingan pertama Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela selaku hero dan heroin menerusi slot Tiara di Astro Prima yang akan bermula pada 19 Julai 2021.
Mengangkat genre kekeluargaan, drama bersiri ‘Suara Hati’ akan menampilkan gandingan pelakon popular, Syafiq Kyle bersama Hanna Aqeela. Drama 13 episod adaptasi novel dengan judul sama nukilan novelis Anis Ayuni ini terbitan Astro Prima ini akan ditayangkan menerusi slot Tiara mulai 19 Juali 2021.
Selain Syafiq Kyle, Hanna Aqeela dan Aidil Aziz selaku teraju utama, siri ‘Suara Hati’ ini turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud dan YM Dato’ Sri Rezza Shah.
Drama bersiri ini mengisahkan tentang Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah sambilan di universitinya. Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim dalam ada cita-cita untuk melamar teman wanitanya sebagai isteri.
Berikut adalah 5 trivia menarik mengenai penggambaran siri drama ‘Suara Hati’:
1. Dalam ‘Suara Hati’, Hanna Aqeela kembali bekerjasama dengan Syafiq Kyle buat kali kedua. Hanna juga turut dikenali sebagai antara pelakon wanita yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Oleh itu, kesemua babak futsal dalam drama ini dilakonkan sendiri oleh Hanna.
Baca lebih lanjut: “Antara Paxton dan Ben, saya akan memilih…” Temu Bual Eksklusif Bersama Bintang ‘Never Have I Ever’ Musim 2, Maitreyi Ramakrishnan