Sempena dengan hari istimewa Super Brand Day 2021, Laura Mercier turut memperkenalkan koleksi terbaru RoseGlow dan pelbagai tawaran menarik.
Kali pertama dilancarkan, Super Brand Day menemui anda pada 26 Julai 2021 – 1 Ogos 2021 hanya di laman web rasmi Laura Mercier dengan pelbagai tawaran menarik bakal menemui anda hari ini. Di samping hari istimewa ini, Laura Mercier turut melancarkan koleksi terbaru iaitu RoseGlow yang terinspirasi daripada barisan ikonik pilihan ramai Caviar Stick Eye Shadow.
Koleksi RoseGlow ini diformulasi kembali sesuai untuk semua jenis kulit melalui warna nude dengan campuran elemen mutiara seimbang untuk RoseGlow. Gabungan hibrid ini adalah kali pertama terlaksana. Setiap formula terhasil punya hasil cukup mengagumkan kerana refleksi sinar mutiara memberikan kelembapan semula jadi yang halus seperti hidupkan kembali kesegaran kulit wajah.
Artikel berkaitan Lima Penyamar Cela Terbaik Untuk Tahun Ini