Dari Sepanyol kepada Belgium, puteri raja dari lima negara Eropah ini bakal bergelar Ratu atau Queen satu hari nanti.
Pada tahun hadapan, Ratu Elizabeth II bakal meraikan Jubli Platinum bersempena dengan ulang tahun ke-70 sejak menduduki takhta keluarga diraja United Kingdom pada 6 Februari 1952. Ratu yang paling dikenali dan ikonik dalam sistem monarki diraja itu bersama Ratu Margethe II dari Denmark adalah hanya dua wanita yang kini bergelar ketua negara. Walaupun selepas ini takhta United Kingdom akan diawrisi oleh tiga generasi lelaki iaitu Putera Charles, Putera Williams dan Putera George yang berusia 8 tahun bulan lalu, beberapa negara Eropah seperti Sepanyol, Sweden dan Belgium mempunyai puteri raja selaku pewaris takhta wanita nanti.
Berikut adalah 5 puteri raja yang bakal bergelar Ratu atau Queen satu hari nanti:
Puteri Estelle (Sweden)
Duchess of Östergötland yang berusia 9 tahun ini merupakan pewaris takhta kedua Sweden selepas ibunya, Puteri Makhkota Victoria. Puteri Estelle adalah anak pertama kepada Puteri Mahkota Victoria dan suaminya, Putera Daneil yang mengikat tali perkahwinan pada 2010. Walaupun Puteri Estelle mempunyai adik lelaki bernama Putera Oscar, dia akan mencipta sejarah selaku puteri pertama yang menduduki takhta mendahului waris lelaki.
Baca lebih lanjut: Dari Mimpikita ke Pandora, 5 Koleksi Ultimate Princess Celebration Perlu Dimiliki Peminat Disney