Datin Paduka Eina Azman sering mengemas kini akaun Instagram miliknya dengan aktiviti harian dan video masakan yang menyelerakan.
Justeru apabila tidak memuat naik hantaran terbaru dalam masa seminggu, peminat mula tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Eina atau pemilik nama Ainur Syakina Azman.
Semalam pelakon itu mengubati kerinduan 2.1 juta pengikutnya dengan memuat naik satu foto berserta perkembangan terbaharu mengenai dirinya.