Jennifer Lopez mencuri perhatian dalam persalinan Dolce & Gabbana kala menghadiri acara fesyen jenama itu di Venice, Itali.
Walaupun tampil dengan penampilan yang cukup memukau, Lopez berdepan dengan satu momen yang dianggap memalukan dalam dunia fesyen.
Menurut TMZ, tanda harga pakaian pelantun Cambia El Paso itu terpapar ketika dia menaiki sebuah bot dengan bantuan seorang pengiring.