Supergoop! tampil dengan idea genius, menyatukan vitamin C dan SPF, bukan sekadar melindungi kulit malah melindungi manfaat vitamin C itu sendiri.
Vitamin C antara vitamin yang popular, dan ramai sudah lazim mengaitkan vitamin C dengan buah oren. Dari kecil lagi saya sudah diajar untuk memakan buah oren atau mengambil sebutir pil setiap hari (rasanya samalah seperti buah oren) untuk mendapatkan sumber vitamin C. Saya percaya kanak-kanak lain pun diajar begitu.
Bila sudah dewasa, saya mula kenal dan tahu lebih tentang vitamin C dan fungsinya. Bergelumang dalam dunia penulisan kecantikan, vitamin C sering saja menjadi ‘penyeri’ utama dalam mana-mana produk yang memberi perhatian khusus kepada pencerahan kulit.
Vitamin C secara amnya bermanfaat untuk mencerah, memuluskan kulit serta berkesand alam memeudarkan tompok hitam. Namund alam masa yang sama ia juga merupakan bahan kecantikan yang sensitif. Sebaik terkena cahaya dan udara ia akan teroksida lantas meminimumkan manfaatnya. Dan jika anda perasan atas sebab itulah juga mengapa kebanyakan produk yang mengandungi vitamin C hadir dalam botol atau bekas gelap, ini demi melindungi kandungan vitamin C.
MENCERAH & MELINDUNGI
Supergoop sangat genius apabila menghasilkan Supergoop!’s Daily Dose Vitamin C + SPF 40, Holly Thaggard (pengasas Supergoop) menyatukan kebaikan vitamin C dan dalam masa yang sama menyatukannya dengan manfaat SPF, secara tidak langsung melindungi kebaikan vitamin C itu sendiri. Ini adalah pertama kali formula vitamin C dan pelindung matahari hybrid disatukan. Supergoop mahu sesiapa yang menggunakan serum ini memperoleh manfaat buat kulit mereka, wajah lebih hidrat, berseri dan dilindungi.
Rutin penggunaan komputer dan telefon pintar secara tidak langsung memperluaskan lagi pendedahan kita kepada cahaya yang merosak. Cahaya matahari (UV) tidak lagi menjadi ‘perosak’ tunggal kepada kulit kita, malah cahaya biru dari peranti juga kini menjadi ancaman kepada kulit. Jadi, tidak kiralah anda berada di dalam rumah sekalipun, kulit seharusnya dilindungi dengan SPF. Tekstur serum ini cukup ringan, tidak melekit, mudah serap, membuatkan aplikasi cukup selesa. Jadi biarpun berada di dalam rumah, anda tidak rasa membebankan kulit dengan sapuan krim SPF (termasuklah pada waktu malam).
Selain mencerah hasil ekstrak Kakadu Plum dan niacinamide, serum ini juga mengurangkan kesan tekanan pada kulit, garis halus, kedutan dan juga merapatkan pori selain menaikkan seri dan menganjalkan kulit.
PENGGUNAAN HARIAN
Sapukan serum ini pada kulit yang sudah dibersih sempurna (dan disapu penyegar atau losen, jika itu rutin kebaisaan kamu). Supergoop! Daily Dose Vitamin C + SPF juga boleh dilapisi dengan serum anda yang lain memandangkan teksturnya ringan. Lengkapkan dengan sapuan pelembap, dan seeloknya lapiskan lagi dengan krim pelindung matahari Supergoop! yang lain untuk perlindungan tambahan, lebih-lebih lagi jika anda perlu berada di luar.
Supergoop! Daily Dose Vitamin C + SPF, RM215, dan boleh didapati di Sephora.
Baca: Lima Item Penjagaan Kulit Terbaru Pilihan EH! Bulan Ini