Selain senantiasa mengenakan topi dan rantai mutiara ikonik, Ratu Elizabeth II juga tidak takut untuk menggayakan padanan neon terang yang mencuri perhatian ramai.
Tahun 2022 adalah tahun yang cukup bersejarah buat Ratu Elizabeth II. Pada tanggal 1952, gadis berusia 25 tahun ini telah mewarisi takhta diraja United Kingdom dan negara-negara Komanwel. Dan tahun ini, Elizabeth Alexandra Mary yang dilahirkan pada 21 April 1926 akan meraikan Jubli Platinum bersempena ulang tahun ke-70 sebagai ketua negara.
Sepanjang 70 tahun memerintah, baginda cukup terkenal sebagai ikon fesyen yang elegan dan berani. Selain senantiasa mengenakan topi atau rantai mutiara ikonik, baginda juga tidak takut untuk menggayakan padanan neon terang yang mencuri perhatian ramai.
Berikut adalah 7 fakta menarik yang anda mungkin tidak tahu mengenai ‘wardrobe’ Ratu Elizabeth II:
Tas tangan pilihan Ratu Elizabeth II
Pasti ramai yang ingin mengetahui label tas tangan yang menjadi pilihan seorang Ratu bukan? Ratu Elizabeth II dikatakan mempunyai lebih 200 buah tas tangan daripada Launer. Setiap tas tangan oleh label mewah British ini boleh didapati bermula dengan harga £1,000 atau RM5,700. Royale dan Traviata merupakan kegemaran bagainda kerana desainnya yang mempunyai tali pemegang yang panjang yang memudahkan baginda untuk bersalaman.
Baca lebih lanjut: Lady Gaga, Ariana Grande dan Leonardo DiCaprio Gagal Tercalon Untuk Oscar 2022