Ahli BTS J-Hope telah disahkan positif COVID-19 walaupun mengambil ketiga-tiga dos vaksin.
J-Hope atau nama penuhnya Jung Ho-seok, menunjukkan simptom sakit tekak dan telah melawat ke hospital untuk mengambil ujian PCR pada hari Rabu, 23 Mac, dan didiagnosis dengan COVID-19 pagi ini (24 Mac).
Pada 24 Mac, Big Hit Music mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Weverse, mengesahkan bahawa penyanyi berusia 28 tahun itu telah diuji positif untuk COVID-19.