Saturday Night Live (SNL) melabuhkan tirai musim ke-47 dengan mengucapkan selamat tinggal kepada Pete Davidson dalam suasana penuh emosi.
“Saya tidak pernah membayangkan ini jalan hidup saya. Dahulu, saya hanyalah seorang budak kurus yang tidak diketahui bangsanya. Dan sekarang semua orang tahu saya berkulit putih kerana amat berjaya tanpa perlu muncul selalu di tempat kerja,” kata Pete memulakan bicara.
Tambahnya, Lorne Michael yang merupakan pencipta SNL mengatakan pada sesi uji bakat pertama bahawa dia tidak sesuai untuk rancangan itu, namun tetap memilihnya dan berkata, “Marilah hancurkan rancangan ini bersama-sama.”