Bintang Game Of Thrones, Emilia Clarke membuat pendedahan mengejutkan mengenai tahap kesihatannya baru-baru ini.
Bercakap kepada BBC Sunday Morning, Emilia berkongsi penderitaannya diserang aneurisme sebanyak dua kali ketika penggambaran siri popular itu pada 2011 dan 2013.
Aneurisme adalah pembengkakan seperti belon pada saluran arteri yang menyalurkan darah ke otak akibat dinding saluran yang lemah, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebilangan besar masalah ini tidak menunjukkan simptom dan tidak berbahaya. Namun sekiranya pecah, ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman yang mengancam nyawa.