ICONCRAFT, jenama fesyen terkemuka di Thailand membuka langkah debut pertamanya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2002 dengan koleksi “Sawasdee KL“.
Kerjasama bersama Qurated Fashion Incubation Project (QITP), ICONCRAFT mengintegrasikan penciptaan fesyen dengan program inkubasi kerjasama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa, Thailand (DITP). ICONCRAFT terkenal dengan kedai konsep Thai perlbagai jenama, memeteraikan pameran kraf inovatif yang eksklusif hasil ketukangan original Thailand.
Kerjasama antara Projek Qurated X ICONCRAFT 2022 dengan 40 pereka fesyen ini telah menghasilkan koleksi fesyen untuk Musim Bunga / Musim Panas 2023. Perantis reka bentuk yang dipilih dari seluruh Thailand ini telah dikendalikan oleh pakar dan guru fesyen terkenal yang juga bertindak sebagai lembaga penasihat, Dr Anothai Cholachatpinyo.
“Ia adalah satu penghormatan bagi pereka fesyen Thailand untuk berpeluang mempersembahkan koleksi Musim Bunga / Musim Panas 2023 di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 dan mempamerkannya di Pavilion KL dan Bukit Jalil. Ini adalah platform yang hebat untuk mencipta suasana fesyen dan belajar tentang gaya hidup moden antara dua negara. Sawasdee Kuala Lumpur.” kata Dr Anothai Cholachatpinyo Pengarah Projek, Qurator Co. Ltd.