Penyanyi dan pelakon, Jaden Smith baru-baru ini berada di Perancis bagi menghadiri pertunjukan Yeezy musim ke-9 di Minggu Fesyen Paris.
Bagaimanapun sebaik sahaja melihat Kanye West menyarung kemeja-T berslogan ‘White Lives Matter’, Jaden membuat keputusan meninggalkan pertunjukan fesyen YZY SZN9 itu sebagai tanda protes.
“Saya tidak peduli pertunjukan siapakah itu. Jika saya tidak menjiwai mesejnya, saya akan berlalu pergi,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.
Keputusan Kanye untuk memakai baju White Lives Matter (respons biadab terhadap Black Lives Matter yang dijuangkan oleh militia sayap kanan) mendapat tentangan dan kritikan daripada orang ramai.